SISTEM AKUAPONIK

Akuaponik adalah gabungan Akuakulutur (ternakan ikan air tawar) dan Hidroponik(kaedah pertanian berasaskan air). Akuakultur dan Hidroponik mempunyai masalah tersendiri dan dengan menggunakan kaedah Akuaponik, kedua-dua masalah ini dapat diselesaikan secara serentak dan lebih produktif dalam pengeluaran hasil pertanian dan ternakan.

Dalam keadaan semulajadi, sisa perkumuhan hidupan akuatik yang diternak di dalam tangki/ akuarium akan menyebabkan air menjadi bertoksik kepada hidupan akuatik tersebut, tetapi kandungan toksik ini sebaliknya akan bertukar menjadi suatu nutrisi yang tinggi zat dan khasiatnya bagi tumbuhan yang ditanaman secara hidroponik.

Sistem akuaponik ini akan menyalurkan air dari tangki hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan dan ianya akan menyerap dan mendapatkan sepenuhnya zat nutrien yang dihasilkan daripada perkumuhan hidupan akuatiki itu. Selepas itu, secara semulajadi tanaman itu akan membekalkan semula air yang bersih dan bebas toksik bagi hidupan akuatik tersebut.

Hidupan akuatik yang tinggal dalam air tawar amat sesuai untuk diaplikasikan kepada sistem akuaponik ini kerana kebanyakan tanaman memerlukan air tawar untuk hidup. Hidupan air masin boleh juga digunakan, tetapi tanaman yang akan digunakan juga perlulah bersesuaian dengan keadaan air itu.

Sistem ini akan memastikan kitaran semulajadi ini kan berterusan tanpa henti. Air hanya perlu ditambah apabila hanya untuk menggantikan kekurangan air yang disebabkan oleh penyerapan oleh tanaman, penyejatan secara semulajadi oleh udara dan juga apabila tangki ikan dibersihkan.

Pam air

Peralatan yang terpenting di dalam aplikasi sistem akuaponik adalah pam air. Tanpa pam air, sistem ini tidak akan dapat berfungsi dengan sepenuhnya kerana pam air boleh diibaratkan sebagai ‘jantung’ kepada sistem ini. Pam air inilah yang akan membawa air sisa takungan hidupan akuatik yang bertoksik itu kepada tumbuhan untuk diserap sebagai sumber nutrien untuk pembesaran tanaman.

Pada asasnya sistem ini mempunyai dua bahagian iaitu untuk tanaman dan ternakan ikan. Sistem ini menyebabkan berlaku proses nitrifikasi atau perubahan amonia menjadi nitrat dalam suasana aerobik. Ini merupakan salah satu faktor yang paling penting dalam sistem aquaponik. Perkara tersebut adalah disebabkan oleh proses nitrifikasi dapat mengurangkan toksisiti dalam air dan memungkinkan unsur nitrat yang dihasilkan menjadi sumber nutrisi tanaman.

Bahan Amonia terus dilepaskan ke dalam air melalui kotoran dan insang ikan sebagai produk dari aktiviti metabolisma. Ammonia bersifat beracun bagi ikan (0.5-1.0 ppm) sehingga ia mesti ditapis keluar dari sistem pemeliharaan ikan. Lazimnya tanaman dapat menyerap amonia dalam bentuk Nitrat kerana ia lebih mudah untuk diserap dan digunakan oleh tanaman. Ia seterusnya akan menjadi cekap dimana ini akan mengurangkan toksisiti air untuk ikan.

Amonia dapat diubah menjadi unsur nitrogen lain melalui organisma seperti Nitrobacter iaitu sejenis bakteria yang mengubah amonia menjadi nitrit. Seterusnya ia akan mengubah nitrit kepada bentuk nitrat. Dalam sistem aquaponik selalunya akar tanaman menjadi tempat hidup dan berkembangnya bakteria tersebut. Setelah sistem stabil maka kadar amonia dalam air berkisar 0.25 – 2.0 ppm dan kadar nitrit berkisar pada paras 0,25 -1.0 ppm serta kandungan bahan nitrat pula berkisar sekitar 2.0 – 150 ppm. Dengan kata lain tanaman yang tumbuh dalam subsistem hidroponik dimana akarnya terendam dalam air yang kaya nutrisi yang berasal dari limbah kolam. ini seterusnya akan membantu untuk menapis amonia yang merupakan racun bagi haiwan air (ikan) atau metabolitnya. Akhirnya adalah air menjadi bersih dan kaya dengan oksigen dan dapat kembali ke dalam sistem air.

Kongsikan!
  •  
  •  
  •  
  •  
This entry was posted in Akuaponik and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply