Persediaan Sebelum Mula Projek Fertigasi

Hari ini kita nk bersembang mengenai persediaan sebelum memulakan projek fertigasi. Persediaan yg sy maksudkan di sini bukan hanya persediaan ladang tetapi lebih kpd persediaan mental dan kewangan pengusaha. Persediaan mental ini merupakan persediaan yg amat penting skali. Iaitu pengusaha perlu FOKUS. Fokus disini bermakna, pengusaha tidak mudah beralih perhatian kpd projek-projek lain. Dalam pemerhatian sy 9/10 pengusaha amat mudah hilang fokus sewaktu peringkat persediaan dan penanaman. Lg satu bab kewangan. Fertigasi mmg mmerlukan modal permulaan yg tinggi. Dinasihatkn supaya pengusaha menyediakn modal permulaan yg mencukupi. Beli segala input seperti baja dan racun cukup untuk satu musim, lps baru lh cerita nk semai biji benih. Kalu harapkn jualan cili dulu baru nk beli baja seterusnya. Tak payah, pasti lingkup. Ramai pengusaha fertigasi mesti nk bt loan tekun dan agro untuk mulakan ladang. Nasihat sy, tak payah nk buat loan, periksa buku akaun bank, budgetkn projek mengikut peruntukkan yg ada. Kalu peruntukkan sikit tanamlh 500 pokok, kalau banyak tanam lebih pokok. Start small then big. Ramai dah pengusaha fertigasi yg berjaya mula begitu dan masih sustain smpi skrg.

– Posted using BlogPress from my iPhone

Location:Jalan Langkasuka,Johor Bahru,Malaysia

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

4 Responses to Persediaan Sebelum Mula Projek Fertigasi

  1. Aziz Mohamad says:

    Terima kasih nasihat yang abaik… erm kalo 500 pokok tu agak2 berapa bajet nak sediakan?

  2. olivia says:

    5000 pokok agak brp ekar tanah?

Leave a Reply