Sebagai Pelabur dalam Bisnes Fertigasi

Pada masa kini ramai org nak buat projek fertigasi tetapi kebanyakkan daripada mereka ada pekerjaan tetap. Malahan ada diantara mereka tertarik dengan skim-skim pelaburan fertigasi yg tumbuh bagai Cendawan selepas hujan. Ada yg perolehi keuntungan, ada yg duitnya hangus terbakar malahan ada yg perolehi keuntungan yg tidak setimpal jika dibanding labur dalam fixed deposit atau pun asb.

Kali ini saya nak kongsi tips; apa yg perlu kita lihat sebelum kita membuat pelaburan dalam bisnes fertigasi. Tidak kira sebagai rakan kongsi ataupun pelaburan fertigasi yg menjanjikan pulangan bulanan.


1) Kepakaran; periksa tahap kepakaran mereka. Berapa tahun mereka dah mulalan projek fertigasi. Di mana mereka mendapatkan ilmu fertigasi. Kalau belajar ikut internet toksah. Lingkup duit.

2) Buat lawatan ke kebun mereka. Periksa bilangan polibeg/pokok mereka. Kalau 3000 pokok ke atas okay. Tetapi tengok juga samaada pokok mereka itu sihat dan berbuah lebat mengikut usia pokok. Ada sesetengah consultant mmg sy akui pokok sampai 35000 tapi saiz pokok takde, bil buah pun takde. Bermakna teknik tak betul. Bil tak semestinya mengambarkan kualiti. Dan jgn lupa periksa segala infra mereka.

3) lihat akaun dan penyata aliran tunai mereka. Sebagai pelabur anda berhak melihat segala benda tersebut.

4) Lihat bisness plan. Ini penting.

5) Lawatan juga beberapa lagi kebun pengusaha fertigasi yang lain – lain. Tanya pendapat mereka. Apa masalah penanaman secara fertigasi ini? Boleh buat keuntungan atau tidak?

6) Pastikan bakal rakan kongsi anda seorang yang boleh dipercayai dan boleh buat kerja. Ini penting. Kalau anda ada 100 orang rakan kongsi pun tapi semua tak boleh pakai tak guna juga. It’s IMPORTANT TO HAVE THE CORRECT PEOLPE.

7) Tanya pendapat pakar. Minta pendapat pakar. Kalau boleh Bawa pakar melawat sekali kebun tersebut. Nak lantik pakar biar yang betul-betul berkelayakan.

Harap tips ini dapat membantu anda dalam membuat keputusan dan pelaburan fertigasi anda.
ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Uncategorized. Bookmark the permalink.

One Response to Sebagai Pelabur dalam Bisnes Fertigasi

  1. Devarajan says:

    Sir,
    Kindly let’s know that for which crop you need fertigation and at where?. I solely appreciate this advice. But I have proof in practical towards success of fertigation. I am Working as State Manager for Tamil Nadu to the above said web site. Feel free to contact me at 00919600930927. You can visit to our plots in Coimbatore, Tamil Nadu (India)

    Best regards,

    A. Devarajan

Leave a Reply