Tunas Air Pokok Cili

1. Salam, Kali ini kita nak berkenalan dengan tunas air pada pokok cili.

2. Pertama, apakah tunas air?

Tunas air adalah tunas yang tumbuh selepas pokok cili pecah cabang. Tunas air akan tumbuh pada batang pokok cili atau lebih tepat lagi sebelum cabang pertama pokok cili.

3. Bila masa nak buang tunas air?

Tunas air selalunya dibuang selepas pokok cili pecah cabang. Lebih tepat lagi apabila pokok cili berusia 2 – 3 minggu. Pada usia ini tunas air akan tumbuh dengan rancaknya pada batang pokok cili.

4. Apakah kesan tunas air pada pertumbuhan dan hasil tanaman cili?

Tunas air tumbuh dengan cepat dan banyak. Pertumbuhan tunas yang rancak dengan bilangan yang banyak memakan banyak baja. Justeru itu secara fisiologinya, banyak nutrien pada baja akan digunakan oleh tunas – tunas air ini, berbanding kepada pertumbuhan cabang utama cili dan juga pertumbuhan buah (konsep sink and source). Kesannya, pokok cili akan menjadi rendah bukan saiz sebenar dan bilangan dan saiz buah berkurangan.

5. Bolehkah kita menyimpan buah cili pada tunas air?

Tidak boleh. Ini kerana saiz buah pada tunas air adalah kecil dan bentuk buah selalunya abnormal.

6. Sesetengah pengusaha fertigasi turut membuang tunas air dan daun bawah selepas cabang pertama. Adakah kaedah ini betul?

Berbalik kepada prinsip sink and source, Daun merupakan tempat fotosintesis, iaitu proses menghasilkan makanan pada pokok. Pada peringkat awal, adalah digalakkan menyimpan daun tua bagi membantu proses pertumbuhan pokok cili. Selalunya, daun tua dibuang selepas penghasilan buah peringkat ke 3-4.

7. Adakah kaedah pembuangan tunas cili besar/merah sama dengan cili padi?

Tidak. Tunas air dibuang kesemua sekali pada pokok cili besar/merah, manakala pada cili padi, tunas air disimpan 4-5 batang. Ini kerana tunas air pada pokok cili padi dapat menyumbang kepada penghasilan buah cili padi.

Segala pertanyaan boleh diajukan pada ruangan komen.

Sekian, Terima kasih.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Fisiologi Tumbuhan and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

9 Responses to Tunas Air Pokok Cili

  1. ard says:

    salam bro,tunas air tu bole trus cabut or kena pkai gunting utk potong?

  2. Syed Azri says:

    Salam,
    Saya berpendapat yang tunas lebih baik dipotong dengan menggunakan pisau lipat kecil bagi mengelakkan serangan virus.

    • ysuhaimi says:

      Kurang elok. Ini kerana pisau lipat kecil akan meninggalkan sedikit tunggul tunas pada batang. Tunggul ini akan mengundang penyakit kulat. Penggunaan pisau lipat juga akan menyebar penyakit virus dengan lebih cepat. Ini kerana potongan pisau akan meninggalkan sap pada mata pisau. Sap ini akan masuk ke luka tempat potongan tunas air tersebut. Seandainya pokok yang dipotong terkena virus.

  3. Mail says:

    Salam Tuan,

    Pertanyaan saya;

    1. Gambar di atas tu, pokok cili ditanam dua pokok sepolibag?
    2. Selepas cabang Y, perlukah lagi kita buat cantasan?

    Guna pisau untuk membuang tunas air memang lambat, nak pegang tunas, pegang pisau, silap2 terkena pokok. Ada baik ‘kacip/ketip’ guna kuku ibu jari. Lagi cepat, tangan kiri dan kanan boleh bekerja serentak.

Leave a Reply