1. Tujuan penanaman secara fertigasi adalah untuk menggelakkan penyakit bawaan tanah seperti layu bakteria, pitium dan sebagainya.
2. Disamping itu juga penjagaan serta kawalan serangga dan perosak hanya tertumpu pada sucking insects dan juga serangga yang menyerang bahagian atas tanaman.
3. Tetapi dewasa ni semakin ramai pengusaha fertigasi yang lupa akan tujuan asal kaedah penanaman ini.
4. Semakin ramai pengusaha fertigasi yang menggunakan tanah atau campuran tanah dengan sekam padi bakar atau coco peat.
5. Ini menjadikan media fertigasi itu tidak soilless (tanpa tanah) lagi.
6. Kenapa tidak terus tanam di tanah terus? Kenapa perlu mengisi tanah tersebut ke dalam polibeg?
7. Ini bukan sahaja menyusahkan pengusaha bahkan menyukarkan kerja penanaman secara fertigasi. Ini kerana polibeg berisi tanah adalah berat berbanding media lain.
8. Jika harga coco peat yang mahal dijadikan alasan mereka menggunakan tanah. Mereka sanggup pula membeli polibeg tetapi tidak sanggup membeli media. Pelik???
9. Bagi pengusaha semua, ingat kembali tujuan penanaman secara fertigasi.
Tanah top soil semaian dibeli daripada nurseri
Media tanah yang membuatkan penanaman secara fertigasi tidak praktikal
Pertumbuhan pokok cili yang kurang menggalakkan walaupun usia pokok lebih 3 bulan. Ini kerana Air -filled porosity tanah adalah rendah berbanding coco peat.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020