Berita Fertigasi Sinar Harian

Petani pilih cara fertigasi
WARTAWAN SINAR HARIAN
20 Mei 2013

imageYaseer (tengah) memberi penerangan kepada peserta kursus, semalam.

MUAR – Penggunaan teknologi baru fertigasi yang diaplikasikan dari negara Belanda semakin meluas terutama dalam kalangan usahawan tani muda berusia di bawah 30 tahun.

Di Selangor, hampir 70 peratus petani daripada golongan itu menggunakan teknologi ini kerana ia lebih mudah, dan sistem pengairan dibuat secara automatik, tidak memerlukan pemantauan secara rapi.

Pegawai Penyelidik Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi, Yaseer Suhaimi Mohamad berkata, selain dapat menjadikan tanaman lebih produktif dan berkualiti, hasil dapat dituai lebih cepat iaitu awal 45 hari berbanding cara konvensional.

“Teknologi ini sesuai untuk tanaman jenis berbuah seperti cili, rock melon, tomato, terung dan strawberi.

“Hasil penyelidikan terbaru Mardi telah berjaya menggunakan kaedah fertigasi bagi tanaman jenis umbisi seperti halia, kunyit dan keledek,” katanya.

Beliau hadir pada Majlis Perasmian Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Teknologi Tanaman Sistem Fertigasi (Lanjutan) Kali ke-2 Tahun 2013 di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh dekat sini, semalam.

Jelasnya, semakin ramai petani konvensional telah bertukar ke kaedah teknologi tersebut terutamanya di Cameron Highland, Pahang.

Itu antara sebab Mardi giat membangunkan sektor pertanian menerusi fertigasi kepada usahawan siswazah, usahawan tani dan ejen pengembangan melalui kursus, teori dan latihan.

“Kita mempelawa usahawan serta bakal usahawan mempelajari teknologi baru fertigasi di ladang-ladang contoh Mardi di Serdang Selangor; Jalan Kebun, Kelang; Kluang, Johor; Kompleks Bimbingan Ushawan Tani, Pagoh; Alor Star, Kedah dan Langkawi.

“Kursus akan mengambil masa selama dua hari dan terbaru kita mengadakan kursus dengan teori di ladang contoh tanaman fertigasi di Station Mardi di Kota Kinabalu, Sabah,” katanya.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Kursus and tagged , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Berita Fertigasi Sinar Harian

Leave a Reply