Teknologi fertigasi tingkat produktiviti, kualiti tanaman

PAGOH 19 Mei – Institut Penyelidikan dan Kemajuan Pertanian Malaysia (MARDI) kini mengaplikasi teknologi fertigasi dari Belanda bagi meningkatkan produktiviti dan kualiti tanaman di negara ini.

Pegawai Penyelidik Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Yaseer Suhaimi Mohamad berkata, teknologi baharu itu juga akan mempercepatkan hasil tanaman iaitu 45 hari lebih awal berbanding kaedah biasa.

Menurutnya, teknologi itu sesuai untuk tanaman jenis buah seperti cili, rock melon, tomato, terung dan strawberi.

“Hasil penyelidikan terbaharu Mardi menunjukkan kaedah fertigasi boleh juga digunakan untuk tanaman jenis umbisi seperti halia, kunyit dan keledek.

“Penggunaan teknologi ini semakin meluas terutama dalam kalangan usahawan tani muda berusia di bawah 30 tahun di negara ini,” katanya ketika ditemui pada Majlis Penutup dan Penyampaian Sijil Bengkel Teknologi Tanaman Sistem Fertigasi (Lanjutan) Kali ke-2 Tahun 2013 di Kompleks Bimbingan Usahawan Tani Pagoh di sini hari ini.

Program tersebut dirasmikan oleh Pengarah Pusat Promosi dan Pembangunan Teknologi MARDI, Jamaludin Salim yang kemudiannya menyampaikan sijil kepada 72 peserta.

Yaseer Suhaimi berkata, teknologi berkenaan kini sudah 70 peratus digunakan oleh para petani di Selangor dan kesemuanya membabitkan golongan berusia bawah 30 tahun.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi, Info, Success Stories and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply