Berapa kali media tanaman fertigasi boleh digunakan?

Assalamualaikum dan selamat sejahtera,

Pada artikel kali ini, saya akan berbincang mengenai media tanaman fertigasi.

Umum tahu, penanaman secara fertigasi tidak menggunakan tanah atau lebih tepat tanpa tanah atau soilless culture.

Kita gunakan media seperti coco peat atau sabut kelapa dan sekam padi bakar.

Ini kerana kedua-dua jenis media ini senang diperolehi dengan harga yang berpatutan dan mudah digunakan oleh pengusaha.

Persoalan utama yang selalu bermain di dalam benak fikiran pengusaha adalah “Berapa kali media tanaman fertigasi seperti coco peat dan sekam padi boleh digunakan?

Berikut adalah jawapan saya:

1. Media tanaman seperti coco peat dan sekam padi bakar boleh digunakan berkali – kali dan berulang kali musim penanaman. Sebagai contoh saya sendiri menggunakan coco peat sehingga 12 kali musim penanaman cili iaitu 6 tahun, masih lagi menggunakan media lama. Manakala sekam padi bakar boleh digunakan sehingga 4 musim penanaman cili.

2. Media coco peat dan sekam padi bakar ini akan mereput menjadi kompos dan susut di dalam polibeg. Apa yang perlu kita lakukan adalah tambahkan sahaja media baru di dalam polibeg.

3. Apabila kita hendak memulakan musim penanaman baru atau musim kedua, kita hanya perlu membuat rawatan media di dalam polibeg sahaja.

4. Caranya begitu mudah sahaja;
– Buangkan sisa tanaman musim pertama.
– Alirkan air kosong ke dalam polibeg sehingga air melimpah melalui lubang air lebihan atau kaedah ini kita panggil flushing.
– Kemudian ambil racun kulat seperti previcur N dan jirus ke dalam setiap polibeg
– Dalam tempoh 24 jam penanaman boleh terus dilakukan.

Kita buat rawatan tanpa perlu mengeluarkan media di dalam polibeg. Ingat kerja – kerja mengisi media ke dalam polibeg adalah kerja paling rencam sekalai di dalam penanaman secara fertigsi.

Kadang – kadang saya terkejut kerana ada pengusaha yang hanya menggunakan media sebanyak satu kali sahaja dan dibuang begitu sahaja.

Kita kena ingat harga media semakin meningkat. Ini adalah satu pembaziran.

Kalau nak buang media ini boleh hubungi saya untuk diberikan kepada pengusaha yang lain.

Kebiasaanya, media lama adalah lebih baik berbanding media baru.

Ini kerana media lama telah mengandungi sedikit kompos dan baja daripada musim pertama.

media

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

6 Responses to Berapa kali media tanaman fertigasi boleh digunakan?

    • ysuhaimi says:

      Jgn risau masih banyak business boleh buat ngan cocopeat. Saya ada beberapa idea hendak dibuat dgn cocopeat sebagai media tanaman fertigasi. Looking for sponsor untuk buat this research.

  1. wan says:

    Salam tuan, nak jirus racun kulat (previcur N) ke dalam setiap polibeg guna brapa banyak?

  2. din says:

    Hello tuan..blh beri panduan brkenaan dgn kadar pembajaan halia secara fertigasi.tq

Leave a Reply