Agroprenuer Muda – Pertanian untuk orang muda

Agroprenuer Muda adalah satu program yang telah direbranding baru.

Dulu dipanggil usahawan belia.

Agroprenuer muda ini terbuka untuk golongan belia yang berusia 40 tahun ke bawah.

Setelah lebih daripada 5 tahun terbabit dalam membimbing usahawan ini, baru 2 tahun kebelakangan ini, nampak kerajaan semakin serius menumpukan usaha ke arah memajukan golongan belia.

Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah menubuhkan unit yang dipanggil Agroprenuer Muda singkat UAM.

Bertujuan untuk menjadikan sektor pertanian sebagai pilihan kerjaya moden dan menjamin pendapatan tinggi kepada golongan muda.

Long story short: Nak lahir usahawan belia yang berpendapatan RM 10,000 sebulan. Justeru itu beberapa pakej teknologi telah dibangunkan dan dinilai sesuai dengan jiwa belia yang muda ini.

Setelah mesyuarat ke-2 Majlis Perundingan Agropreneur Muda (MPAM) pada 9 Januari 2014, beberapa perbincangan telah dibuat bersama YB Menteri Pertanian dan Industri Asas Tani.

Dan ini inisiatif UAM untuk membantu golongan belia ini menjadi usahawan.

Antaranya ialah;

1) Komponen Latihan
Ini amat penting bagi memastikan bakal agropeneur muda yang akan melaksanakan projek berpakej benar-benar yakin dan berupaya melaksanakan projek setelah tamat latihan. Sehubungan itu, beberapa latihan dan bimbingan khidmat nasihat teknikal kepada peserta mengikut sub-sektor telah dijalankan sejak UAM ditubuhkan (September – Disember 2013).

Antara latihan yang telah dijalankan adalah:

a) Kusus Insentif Teknologi Penternakan Lebah Madu (satu minggu) – 23 orang

b) Kursus Teknologi Penternakan Lebah Kelulut (2 hari) – 19 orang

c) Kursus Teknologi Sistem Fertigasi Terbuka (2 hari) – 25 orang

d) Kursus ternakan ikan dalam sangkar (3 hari)- 45 orang

2) Pre Approve Loan atau Kelulusan Pembiayaan Awal bagi peserta-peserta Agroprenuer Muda terutama yang beru menceburi bidang usaha tani masing-masing mengikut saiz sesebuah projek yang akan diusahakan.

3) Peruntukan sumbangan bukan wang (In kind contribution) sebanyak 30% daripada kos keseluruhan setiap pakej projek yang dibangunkan akan diberikan oleh Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani.

4) Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani telah mengenalpasti 20 bidang pertanian yang berpotensi untuk diceburi oleh peserta Agroprenueur Muda antaranya Projek Lebah Madu, Sistem Fertigasi Terbuka dan Ternakan Ikan Dalam Sangkar.

Untuk mengetahuai lebih lanjut klik sini, sini dan sini FB UAM

Memang bagus program ini seperti inisiatif 30% in kind contribution daripada kos keseluruhan projek.

Tapi ini beberapa cadangan penambahbaikkan daripada myagri:

1) Kita kene ingat belia ini merupakan golongan muda. Golongan muda ini merupakan golongan yang inginkan hasil yang cepat dan kerja nk mudah. Contohnya, tanam cili hari ini, esok lusa dah boleh jual dah dapat duit. Justeru itu, pakej teknologi yang nak diberikan hendak mestilah mendatangkan hasil cepat dan kerja yang mudah.

2) Seed money untuk permulaan projek. Kita tahu golongan muda ini kebanyakkannya terdiri daripada mahasiswa yang baru berkerja. Bila tamat belajar duit pun takde mcm mana nk bt projek. Nak pinjam TEKUN atau Agrobank, hutang PTPTN pun dah cukup membebankan nk ditambah beban lagi. Oleh itu dicadangkan agar Seed Money diberikan kepada belia yang betul – betul berminat. Tak banyak dalam RM 10 ribu sahaja cukup. RM 10 ribu banyak projek yang sustainable boleh dibuat.

Itu sahaja cadangan myagri.

Untuk mengetahuai lebih lanjut lagi berkenaan Unit Agroprenuer Muda bolehlah check FB mereka.

Diharap usaha ini dapat menarik golongan belia menyertai sektor pertaniam dam industri asas tani.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Info and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

7 Responses to Agroprenuer Muda – Pertanian untuk orang muda

  1. haniff hamzah says:

    Slm naak tanya mana saya boleh dapatkan info atau kursus berkaitan lebah madu / kelulut.. Im really interested…..

  2. zuhri says:

    Salam bagai mana sy hendak berdaftar dibawah UAM

  3. muzill says:

    sejahtera boleh Saya Dapatkan ctc Tuan suhaimi

Leave a Reply