Kursus Pengurusan Kewangan dan Forum Pembiayaan

sukacitanya ingin menjemput tuan / puan / cik untuk menghadiri satu Kursus Pengurusan Kewangan dan Forum Pembiayaan pada 18 Februari 2014(Selasa), jam 9 pagi ke 5 petang di Dewan Auditorium MARDI. Tentatif program adalah seperti di dalam lampiran.

Program yang dianjurkan oleh Unit Agropreneur Muda dengan kerjasama MARDI, Agrobank dan TEKUN Nasional ini akan meliputi kursus penyediaan Rancangan Perniagaan, Kursus Asas Kewangan, Aliran Tunai yang akan disampaikan oleh pegawai pakar dari Agrobank.

Forum Pembiayaan pula akan disampaikan oleh panel dari Agrobank dan TEKUN Nasional.

Borang penyertaan Kursus ini adalah seperti di pautan:

bit.ly/UAMKursusWang

Kursus ini adalah khusus kepada:
1. Belia Bumiputera (40 tahun dan ke bawah pada 2013)
2. Telah mendaftar bersama Unit Agropreneur Muda
3. Telah menjalani latihan bersama Jabatan atau Agensi di bawah Kementerian Pertanian dan Industri Asas Tani (bagi kursus Fertigasi, di bawah bimbingan teknikal MARDI)

Setelah menjalani program ini, tuan / puan /cik akan mendapat LALUAN MUDAH untuk memohon pinjaman daripada Agrobank atau TEKUN Nasional

Bagi yang belum mendaftar di bawah Unit Agropreneur Muda, anda masih sempat untuk mendaftar melalui pautan di bawah:

bit.ly/UAMFertigasi

Penyertaan adalah terhad.

*Minum pagi dan Makan Tengah hari disediakan.

Terima kasih.

Sekian.

Kongsikan!
This entry was posted in Event, Fertigasi, Kursus and tagged , , , , , . Bookmark the permalink.

5 Responses to Kursus Pengurusan Kewangan dan Forum Pembiayaan

  1. Ismail says:

    Salam Encik,
    Satu soalan untuk orang baharu dalam bidang pertanian. (Lari tajuk)

    1. Baja fertigasi dan hidroponik ni sama kah?

  2. rozanizam bin deris says:

    X faham nak daftar mcmana

Leave a Reply