Pengiraan keperluan baja fertigasi cili semusim

Mengira keperluan baja untuk semusim merupakan satu yang penting kepada pengusaha fertigasi. Pengiraan keperluan baja dapat membantu pengusaha merangka peruntukan yang diperlukan untuk membeli baja fertigasi untuk kegunaan semusim serta menjimatkan ruang inventori di dalam setor ladang kita.

Kaedah pengiraan adalah seperti berikut:

Langkah pertama, dapatkan parameter seperti berikut:

i) Jumlah polibeg
ii) Keperluan air baja sehari untuk satu polibeg (dalam liter)
iii) Tempoh penanaman (dalam hari)

Langkah kedua, gunakan formula berikut untuk mengira keperluan baja semusim:
Jumlah polibeg x Keperluan air baja sehari untuk satu polibeg (dalam liter) x Tempoh penanaman (dalam hari).

10,000 liter air

Dibahagikan dengan 10,000 liter air, kerana satu set baja fertigasi cili boleh dilarutkan dalam 10,000 liter air. Ini merupakan factor pencairan stok baja fertigasi.

Sebagai contoh, kita akan mengira keperluan baja fertigasi cili untuk 500 polibeg.

Langkah pertama, dapatkan parameter seperti berikut:

i) Jumlah polibeg = 500
ii) Keperluan air baja sehari untuk satu polibeg (dalam liter) = 0.5 l
iii) Tempoh penanaman (dalam hari) = 180 hari

Langkah kedua, masuk nilai ke dalam formula untuk mengira keperluan baja semusim

500 x 0.5 liter x 180
————————- = 4.5, bundarkan kepada angka sa ~ menjadi 5.
10,000

Jadi keperluan baja untuk satu musim bagi 500 polibeg adalah 5 set.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cili, Fertigasi and tagged , , , , , , , , , , , . Bookmark the permalink.

13 Responses to Pengiraan keperluan baja fertigasi cili semusim

  1. Aponih says:

    Salam Tuan,
    Saya ditawarkan baja satu jenis sahaja. Takde set2. (Set A dan B)
    Satu guni untuk 25,000 liter air. Harga dalam RM300++
    Guni permulaan (Tulisan warna hijau – made in UAE) untuk pokok dari 1 hari dipindah ke polibag hingga umur sebulan lebih.
    Bila dekat nak berbungga, kena guna guni cap warna merah pula – hingga habis musim.
    Tak perlu tong stok, bubuh air dalam tangki, cedok debu baja, masuk dalam tangki tadi, kacau dan uji kepekatan guna EC. Dapat kepekatan bersesuaian – boleh alir ke pokok cili.

    Tuan biasa guna baja jenis ini?
    Cuma nak tanya yang termolek, yang AB atau satu jenis sahaja.

    Wassalam.

  2. Qamarul Majidi says:

    Aslmkm wbt…
    Sya bru nk brjnak2 dlm fertigasi…..jd nk tanya ada tk cra nk tau kepekatn baja utk tanamn dalam kumpulan melon…utk pengathwn tuan sya ada juga membeli EC meter….sbb apa yg sya fhm keprluan baja utk tmbuhan brubh pd prngkt mula d tnam sehingga menuai….silan tuan bri tujuk ajar…tq.

  3. mubin says:

    salam…untuk dua timun sau polibag berapa liter air baja diperlukan sehari..tq..:)

  4. momo says:

    Salam, untuk syuran berdaun seperti salad dan sawi yg ditanam dlm media cocopeat, berapa liter air baja yg diperlukan untuk satu polibag sehari? dan berapa kali perlu diberi untuk sehari? terima kasih

  5. johan says:

    sy dari kl dan boleh sy tau dimana sy boleh ambil khursus tanaman cili?

    biznet@live.com.my

  6. hdmotion says:

    cg minta formula baja fertigasi untuk timun

  7. Mohd Salahudin Anwar says:

    Salam tuan. Formula kiraan set baja ni boleh digunapakai pada tanaman rock melon ke? Trima kasih

Leave a Reply