Ingin memenuhi bilik pejabat, kamar tidur atau ruang tamu dengan tumbuhan dan pokok hiasan. Kenal pasti tumbuhan hiasan dalaman yang tidak memerlukan cahaya yang tinggi. Tanaman merupakan salah satu organisma yanng menyokong kehidupan di muka bumi kerana kemampuannya menghasilkan gas Oksigen. Selain berfungsi sebagai hiasan mengindahkan sesuai ruang, tumbuhan hiasan dalaman ini mampu menyegarkan sesuatu ruangan dengan membekalkan oksigen secara konsisten.
Berikut ini adalah beberapa jenis tanaman hias indoor yang cantik, sesuai sebagai tanaman hias di dalam ruangan serta mudah dijaga.
1) Lidah mertua atau Sansevieria
Lidah mertua atau Sansevieria merupakan jenis tanaman hias yang paling sesuai dijadikan tanaman hias indoor kerana ianya cantik dan juga mampu memperbaiki kualiti udara di dalam sesuatu ruang.
2) Calathea
Calathea mempunyai ketahanan hidup yang cukup lama untuk diletakkan di dalam ruang, tumbuhan ini mempunyai corak dan warna daun yang bergaris garis cantik.
3) Aglaonema
Aglaonema sering menjadi pilihan untuk dijadikan tumbuhan hias indoor. Ianya mempunyai warna daun yang merah, hijau, merah jambu dan lain-lain. Tanaman ini dapat hidup dalam ruangan dengan keadaan cahaya matahari yang sedikit.
4) Philodendron
Philodendron memiliki banyak variasi dan jenis. Bentuk daun philodendron ada yang bergerigi sangat unik dijadikan penghias ruangan . Tanaman ini juga mudah ditanam dan dijaga.
5) Schefflera arboricola
Tanaman ini mempunyai nama lain umbrella tree kerana mempunyai tangkai daun yang bercabang enam dengan warna daun hijau polos atau variegata. Di habitat aslinya, tanaman ini mampu mencapai 5 meter tinggi.
6) monstera monsterosa
Mempunyai daun berkilau dan bergerigi yang cantik. Di dalam ruangan ukuran daunnya mampu membesar sehingga telapak orang dewasa.
7) Chrysalidocarpus
Chrysalidocarpus atau Palem kuning banyak disukai ramai kerana mempunyai rupa bentuk yang cantik.
8) Sirih belanda
Tanaman yang gemar pada air ini dan juga sangat baik untuk memperbaiki kualiti udara di dalam bilik.
Penjagaan
Sebaiknya tanaman indoor ini dikeluarkan seminggu sekali daripada ruangan dan didedahkan kepada cahaya matahari untuk memastikan tanaman segar dan hidup lebih lama.
1. Peralatan dan Baja Fertigasi Harga Murah dan Berbaloi- Klik Sini
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020