Kali ini kami kongsikan cara – cara membuat foliar booster utk menggalakkan bunga cili. Caranya mudah dan ringkas. Boleh dibuat kebun atau ladang anda sendiri. Kita akan sediakan booster spray ini di dalam bentuk larutan stok. Anda semua boleh gunakan terus hanya campur dengan air sahaja.
Bahan – bahan
1. Pottassium Nitrate 27.5%
Kaedah
1. Dapatkan pottassium nitrate. Ianya merupakan salah satu komponen di dalam baja fertigasi sendiri.
2. Timbang pottassium nitrate sebanyak 13.8 g.
3. Larutkan serbuk pottassium tadi di dalam 1 liter air. Kacau sehingga semua serbuk tadi larut.
4. Maka siaplah stok foliar kita. Biarkan larutan semalaman atau 24 jam sebelum digunakan bagi memastikan setiap ia betul – betul larut sepenuhnya.
Cara aplikasi
1) Bancuh 30-50 ml stok booster dalam 20 liter air.
2) Sebaik – baiknya, semburan dilakukan pada waktu pagi.
3) Masa terbaik baik untuk diaplikasikan atau melakukan semburan adalah selepas melakukan tuaian atau sewaktu usia tanaman 4.5 bulan ke atas serta sewaktu harga cili naik di musim hujan.
5) Harus diingat aplikasi booster ini harus diikuti dengan pembajaan yang betul dan secukup. Jika tidak bunga yang jadi akan gugur.
Selamat mencuba…
p/s : Siapa kata kami tak berikan ilmu yang bermanfaat secara percuma.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020
Sangat berminat
Assalamualaikum…
Kekerapan semburan mcm mne pula..
Contoh : seminggu sekali @ seminggu 2 kali
Seminggu sekali