Ulat pengorek batang atau nama saintifiknya Leucinodes orbonalis. Serangga ini sering menyerang tanaman terung. Panduan ini khusus untuk pengusaha yang mengusahakan tanaman terung secara fertigasi atau pun konvensional. Bahagian tanaman yang diserang adalah batang dan juga buah.
Antara simptom yang sering dapat dilihat pada tanaman terung adalah batang tanaman jadi layu dan mati pada sebahagian sahaja sahaja. Serangan pada batang menyebabkan pucuk menjadi layu. Larva juga mengorek dan memakan isi buah. Buah akan menjadi busuk dan gugur.
Kawalan secara kimia
Kawalan secara kimia dengan menggunakan racun serangga yang disyorkan jika serangan melebihi 10% seperti:
1.Bahan aktif : Cypermethrin
Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )
Kadar: 1.8lt liter/hektar
TDMH : 3 hari
Kelas : III
Contoh nama dagangan: ACM Cyberthrin 5.5
2.Bahan aktif : Deltamethrin
Formulasi : Pekatan terelmulsi ( EC )
Kadar: 0.1lt liter/hektar
TDMH : 5 hari
Kelas : III
Contoh nama dagangan: Decis 250
Racun terbaik untuk mengawal ulat pengorek batang adalah Pito. Hubungi 017-6486 713 untuk membeli
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020