Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi Bahagian 2: Cili fertigasi

Pada artikel yang lepas, kita sudah tahu waktu yang sesuai untuk memberi larutan baja adalah pada waktu pagi dan jumlah kuantiti air yang diperlukan adalah bergantung pada jenis tanaman.

Sekarang mari kita buat jadual kekerapan pembajaan untuk tanaman cili fertigasi.

1. Keperluan air untuk tanaman cili adalah 1 – 1.5 liter secara umumnya. Tetapi untuk peringkat 3 minggu ke bawah keperluan air adalah sebanyak 600 ml dan keperluan air akan meningkat seiring dengan pembesaran tanaman cili. Pada peringkat dewasa atau minggu ke empat selepas pindah ke polibeg keperluan air adalah sebanyak 1 liter. Harus diingat keperluan air, bukan air baja.

2. Manakala untuk air atau larutan baja bagi tanaman cili adalah separuh daripada keperluan harian air. Contoh keperluan air untuk tanaman 3 minggu ke bawah selepas dipindahkan ke polibeg adalah 600 ml, maka keperluan air baja adalah 300 ml. Jadi di dalam satu hari, kita mesti berikan air baja dan air kosong untuk mencukupi keperluan pokok berusia 3 minggu.

3. Harus diingat, jika kita berikan air sebanyak 600 ml sekali gus, pokok tidak mampu mengambilnya, menyebabkan air ini akan mengalir melalui lubang lebihan air dan merugikan pengusaha. Sebaiknya, air baja perlu diberikan mengikut kekerapan sebanyak 200 – 300 ml sekali.

4. Bagi tanaman berusia 4 minggu ke atas, keperluan air adalah 1 liter, maka keperluan air baja adalah sebanyak 0.5 liter.

Boleh cuba jadikan jadual di bawah sebagai panduan untuk membina jadual pembajaan tanaman cili anda.

jadual pembajaan

Perhatian yang harus diberikan oleh pengusaha sebelum membina jadual kekerapan adalah jumlah air daripada mikrotiub dan dripper (air keluar / minit). Jumlah air yang keluar melalui dripper bergantung pada susun atur ladang serta head dan HP pam air. Pengusaha perlu membuat commisioning sistem pengairan untuk mengetahuai aliran air / minit ini. Artikel akan datang saya tunjukkan macam mana kita membuat commisioning sistem pengairan.

Jadual pembajaan berubah mengikut lokasi dan cuaca kebun atau ladang pengusaha.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Fertigasi and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

2 Responses to Jadual Pembajaan Tanaman Fertigasi Bahagian 2: Cili fertigasi

  1. Wa says:

    teknik baru?
    Dulu2 sehari dengan lima kali siraman, semuanya air baja AB.
    Teknik baharu ini nampaknya menjimatkan.

Leave a Reply