Di kalangan ekonomi kurang baik ini, ramai bertanya kepada saya “Adakah sekarang ini masa yang sesuai untuk memulakan projek pertanian?
Di saat harga minyak jenis brent USD 30 satu tong, Bukan sahaja Malaysia bahkan negara-negara lain pun terasa bahang.
Arab Saudi contohnya telah memulakan langkah – langkah penjimatan apabila perbelanjaan negara mengalami defisit.
Jawapan saya adalah Ya, kenapa tidak memulakan pertanian pada masa ekonomi sedang merundum ini.
Pertanian adalah salah satu cabang bisnes yang kalis defisit ekonomi. Ini kerana ekonomi down macam mana sekali pun orang perlu makan. Betulkan?
Secara selingan ini merupakan top 3 pernigaan yang kalis defisit ekonomi:
1. Pertanian
2. Produk kecantikan dan kesihatan
3. Hiburan. tak percaya jom kita ke panggung wayang. Pada waktu begini, tiket cerita Diwale wajib dibeli berbanding bayar bil utiliti. Betul ke tak betul?
Jawapan saya Ya. Anda boleh mulakan bisnes pertanian, contoh fertigasi tetapi bersyarat dan ada kaedahnya.
1. Jangan simpan inventori di setor langkah. Sebagai contoh, beli baja dan racun serangga hanya cukup untuk keperluan satu musim. Ada kedai pertanian buat jualan murah pun, jgn beli. Ini kerana di saat anda memerlukan wang nanti, input pertanian bukan satu aset yang mudah untuk dicairkan atau dijual pada waktu – waktu begini. Tambahan pula harga input pertanian telah naik 10 – 15%.
2. Kecilkan skala projek. Pada waktu – waktu begini, projek yang baru dijalankan hanya bersifat menambahkan pendapatan sahaja. Bukan sebagai pendapatan utama. Ingat jika anda di kalangan pekerja yang mengalami VSS dan sebagainya, jgn laburkan segala pampasan anda di projek pertanian baru pada skala besar. Percaya kata – kata saya ini, pampasan anda itu elok disimpan untuk kegunaan keluarga terlebih dahulu. Mulakan pertanian pada skala kecil. Bagi projek fertigasi cili contoh, 500 – 2000 polibeg adalah skala yang sesuai untuk menambahkan pendapatan. Harus diingat, lagi besar skala projek lagi besar modal yang diperlukan.
3. Jgn jual produk anda terus ke pasar borong. Projek anda skala kecil, Jadi adalah merugikan jika anda jual pada harga borong. Sebaliknya cuba jual hasil pada harga runcit ke kedai – kedai makan, pasar pagi dan kedai runcit. Walaupun susah daripada segi logistik, saya yakin harganya lebih berbaloi.
4. Gunakan kaedah atau cara penanaman yang telah terbukti berkesan dan telah berjaya. Ini bukan masanya untuk bereksperimen!
5. Datang ke badan – bahan kerajaan seperti MARDI terlebih dahulu. Elakkan ke pihak swasta untuk permulaan. Kebanyakkan pihak swasta ini janji-janjinya indah dan banyak Touch & Go. I get the money so good bye! Lagi terdapat beberapa bantuan dan insentif untuk pertanian daripada kerajaan.
6. Hadirlah ke kursus pertanian terlebih dahulu. Dapatkan ilmu yang betul dan maklumat yang tepat. Ini dapat membantu anda membuat keputusan.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020