TANAMAN DURIAN BELANDA DAN KAEDAH PENANAMAN

Durian belanda

Durian belanda

Durian belanda atau nama saintifiknya Annona muricata L. Ia bukanlah dalam kategori pokok Durian, tetapi dinamakan sedemikian kerana memiliki duri lembut pada kulitnya. Ia tergolong daripada keluarga Annonaceae sama seperti nona seri kaya,cherimoya,nona kapri dan atemoya. Pokok Durian Belanda merupakan pokok yang berasal dari hutan tropika Carribean Amerika Selatan yang kini telah ditanam di Asia Tenggara termasuk Malaysia dan Indonesia. Di Indonesia, ia dikenali sebagai Sirsak (dari Bahasa Belanda zuurzak). Pokok durian Belanda biasanya tumbuh di aras laut sehingga montane bawah. Kawasan tanaman utama di Malaysia ialah Perlis, Johor, Pahang, Perak dan Sabah. Tanaman ini dipercayai oleh pakar-pakar dan saintis dapat mengubati penyakit kanser dan mempunyai pelbagai khasiat untuk kesihatan. antaranya ialah mengandungi fosforus, kalsium, vitamin B dan C yang baik untuk rawatan demam panas dan bengkak hati.

Buah durian belanda secara umumnya dibiakkan melalui biji benih yang disemai didalam polibeg. ia memerlukan kawasan tanah subur yang bercerun antara 0-15 darjah, Hidup subur di atas tanah jenis lom liat berpasir, pH tanah antara lima hingga tujuh dan bersaliran baik kerana tidak tahan dengan air yang banyak serta kedalaman tanah melebihi 1 meter. Pengeluaran durian belanda adalah bergantung kepada keadaan cuaca semasa, penjagaan anak pokok teratur dan sempuma, pendebungaan berbantu serta kesuburan tanah yang baik.
Secara umumnya, buah durian belanda mempunyai saiz yang sederhana besar, kulitnya berduri lembut, isi buah berwama putih dan mempunyai rasa masam-masam manis. Di Malaysia terdapat 3 varieti yang telah didaftarkan iaitu DB1,DB2,DB3 dimana kesemua variety ini mengeluarkan hasil selepas 3 tahun penananamnya.
Bagi penanaman di ladang, jarak tanaman yang disyorkan ialah 6 meter x 6 meter dengan menggunakan sistem segi empat sarna. Bilangan pokok yang boleh ditanam untuk keluasan sehektar ialah 277 pokok. Selain biji benih Pokok durian belanda juga boleh dibiak dengan menggunakan pembiakan secara seks dan kaedah pembiakan tut atau pembiakan secara aseks. Pokok durian belanda mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan ia banyak bergantung kepada tahap kesuburan tanah dan penjagaan yang teratur serta sempurna.
Durian belanda perlu di kendalikan dengan sebaiknya bermula daripada amalan ladang, pengendalian lepas tuai hingga ke peringkat pemasaran. Oleh itu, penjagaan durian belanda yang teliti perlu dilakukan dari segi pengairan, kawalan rumpai, pembajaan, kawalan serangga perosak dan pemangkasan.
Pengairan

Anak pokok durian belanda yang berumur lapan bulan dan ke atas atau mencapai ketinggian melebihi 30 cm adalah amat sesuai ditanam di ladang atau kebun. Sebelum ditanam, anak pokok perlu didedahkan kepada cahaya matahari sepenuhnya (hardening) supaya tahan dengan keadaan suhu panas yang berbeza-beza dan mengurangkan kadar kematian anak pokok selepas ditanam. selain itu, kerja penyiraman perlu dilakukan sekurang-kurangnya dua kali sehari dan dilakukan secara berterusan sehingga akar pokok boleh mendapatkan bekalan air dengan sendiri. Penggunaan jeli atau aquasorb juga boleh digunakan untuk membantu membekalkan air secara perlahan-lahan untuk tempoh enam hingga lapan bulan selepas ditanam. penyiraman penting kerana pokok durian belanda memerlukan sekurang-kurangnya 12 liter air sehari untuk mempercepatkan pertumbuhan tunas dan pucuk baru. Bagi mengurangkan kerja menyiram, penanaman anak pokok durian belanda boleh dilakukan pada musim hujan yang biasa berlaku pada bulan November, Disember dan Januari.

Pembajaan
Pembajaan durian belanda adalah sesuai digunakan baja organik supaya dapat meningkatkan tahap kesuburan serta memperbaiki struktur tanah. Ia juga berfungsi membekalkan unsur pemakanan seeara perlahan-lahan dan berterusan. Kadar baja organik adalah bergantung kepada umur pokok, analisis tanah dan daun.
• Baja tumbesaran (NPK Hijau 15:15:15) perlu diberikan kepada anak pokok bermula dari awal penanaman sehingga pokok berumur tiga tahun, baja tersebut berfungsi mempercepatkan pertumbuhan tunas dan pucuk baru serta menggalakkan perkembangan akar pokok.
• NPK hijau diberikan empat kali setahun dengan kadar 500 -600 gram setahun untuk pokok kecil.
• Baja buah (NPK Biru 12:12:17:2) mula digunakan apabila pokok mencapai peringkat kematangan pada kebiasaannya, pokok mula mengeluarkan buah pada umur empat tahun dan keatas. Baja buah berfungsi menggalakkan pengeluaran bunga dan buah secara optimum.
Elakkan membaja semasa pokok sedang berbunga, ini kerana bunga akan menjadi kering dan luruh. Begitu juga, pada musim kemarau yang panjang ,tidak digalakkan untuk membaja kerana baja tidak dapat diserap oleh akar.
Pengawalan rumpai
Rumpai yang tumbuh dikeliling pokok perlu dikawal sama ada secara manual menggunakan cangkul atau tajak atau dengan penggunaan racun kimia. Penggunaan racun kimia dapat membantu mengawal pertumbuhan rumpai dengan cepat dan boleh bertahan selama dua hingga tiga bulan. Selain itu juga, penggunaan sungkupan seperti sabut kelapa, kulit kayu dan habuk papan dapat membantu mengawal rumpai.
Kawalan penyakit dan perosak
Antara perosak dan serangga yang biasa menyerang pokok dan buah durian belanda ialah seperti lalat buah, kepinding nyamuk, koya annona, ulat pengorek batang dan ulat bungkus. Racun serangga yang disyorkan ialah White Oil, Malathion, Fenthion, perangkap lalat buah dan lain-lain.

Pemangkasan
Pokok durian belanda perlu dibentuk dengan menggunakan sistem batang utama yang mana hanya satu batang utama dibiarkan tumbuh dan dahan sisi pula dibiarkan tumbuh mendatar Pembentukan sistem batang utama bermula dari umur enam bulan selepas ditanam sehingga umur tiga tahun. Terdapat dua jenis pemangkasan yang biasa dilakukan, iaitu pemangkasan pembentukan pokok kecil dimana untuk pertumbuhan pucuk baru dan pemangkasan penjagaan adalah untuk membuang tunas air,ranting mati dan berpenyakit.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in durian belanda and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply