Cara penanaman betik

Pokok Betik

Pokok Betik

Betik adalah berasal daripada famili tanaman singkat masa sederhana yang mempunyai jangka hidup antara 1-4 tahun bergantung kepada pengurusan yang dijalan. Pokok betik merupakan pokok yang berkayu lembut dan cepat membesar. Hayat ekonomi tanaman ini adalah 2 tahun. Buah betik berbentuk lonjong (buah hermafrodit) dan bulat (buah betik betina). Berat buah ialah 0.5-3.0 kg. buah hermafrodit mempunyai rasa yang lebih sedap dan harga lebih tinggi dari buah betina.

Adakah kalian semua tahu bagaimana untuk menanam pokok betik?? Kaedah menanam betik adalah sangat mudah dan boleh dipraktikkan dirumah mahupun ladang sekiranya anda mempunyai tanah yang luas. perkara penting untuk memulakan penanaman ialah pemilihan kawasan penanaman betik.pastikan tanah anda adalah sesuai untuk menanam betik. Tanaman betik adalah sesuai dengan tanah yang mempunyai struktur dan saliran yang baik tetapi sentiasa berada dalam keadaan lembap. Pohon betik akan hidup subur dikawasan lapang yang tidak terdedah kepada angin kencang. Pastikan kawasan anda mempunyai cahaya matahari yang cukup dan taburan hujan yang serata.

Penyediaan biji benih

Biji benih boleh disemai diatas tapak tray nursery menggunakan cocopeat atau peatmoss. Sebelum biji benih disemaikan, eloklah dirawat dahulu dengan menggunakan racun thiram untuk mengelakkan terkena serangan kulat. Tanamkan sedalam 2 cm kedalam tanah. Biji benih akan mula bercambah selepas 1 minggu. Apabila anak benih sudah mula membesar, taburkan racun siput disekeliling untuk mengelakkan serangan siput. Selepas anak benih berumur 6-8 minggu atau mempunyai daun 8-12 helai, anak semaian boleh dihantar ke ladang.

cara penanaman

kawasan penanaman anda hendaklah bersih dan dibajak terlebih dahulu. Gali lubang sedalam 30 cm X 30 cm lebar. Jarak tanaman 1.8m x 2.7 m boleh menanam sebanyak 1,700 pokok sehektar. Semasa anda menanam, gaulkan tanah bersama baja phosphate sebanyak 200g-250g. tanam pada musim hujan yang sederhana adalah terbaik dan jangan ketika musim tengkujuh kerana akar pokok akan cepat membusuk. Gunakan sungkup (mulch) untuk elakkan rumpai tumbuh.

Amalan  agronomi

Pembajaan pokok betik adalah penting supaya dapat menghasilkan buah yang banyak dan berkualiti.pembajaan asas dengan menggunakan TSP dan baja organik seperti tahi ayam. Baja NPK 15:15:15 digunakan dengan kadar 0.05-0.35 kg sepokok dari bulan pertama sehingga bulan ke lima. Baja NPK 12:12:17:2 pula diberikan pada bulan ke enam sebanyak 0.35 kg sepokok setiap 6 bulan. Pengairan juga penting terutama pada musim kemarau,pokok betik perlu mendapatkan air yang cukup, kekurangan air boleh menyebabkan bunga bunga gugur.

Kawalan rumpai penting untuk mengelakkan penyakit dan perosak. Boleh dikawal dengan menggunakan cangkul atau mancabut dengan tangan. Racun rumpai juga boleh digunakan dengan semburan racun glufosinate ammonium. Lebih baik jika mengamalkan amalan pertanian organik.

Pembesaran dan Penghasilan Buah

Betik berbuah selepas 5 bulan disemai. Ia berbuah berpanjangan. Buah lebat kira-kira 3 bulan sekali. Pokok berbuah paling banyak ketika berumur 10 bulan. Petik berbuah apabila hampir ranum, iaitu apabila buah kekuningan. Jangan tunggu sehingga buah ranum kerana burung suka memakan buah betik yang ranum. Buah yang dipetik boleh tahan disimpan selama seminggu. Sepokok betik boleh menghasilkan 25 kilo sepanjang hayatnya.masa pengeluaran hasil yang banyak adalah diantara 18-24 bulan.

Selamat mencuba!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Betik and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply