CENDAWAN KOBIS BUNGA

Cendawan kobis bunga

Cendawan kobis bunga

Cendawan kobis bunga atau saintifiknya ialah Hericeum erinaceum merupakan species cendawan yang jarang ditemui dipasaran,ianya juga dipanggil lion’s mane mushroom, bearded tooth mushroom, satyr’s beard, bearded hedgehog mushroom, pom pom mushroom, or bearded tooth fungus. Boleh didapati secara semulajadi pada pokok kayu keras. Selain itu juga boleh didapati hanya mereka yang menanam dan kawasan sekitarnya sahaja yang mampu mendapatkan spesis cendawan ini,kebanyakannya di kawasan Amerika. Cendawan ini boleh didapati dalam keadaan sudah dikeringkan dan dijual di pasaran.

Cendawan kobis bunga ini dipercayai terdapat banyak khasiat yang baik untuk kesihatan. antaranya ialah cendawan ini mampu merangsang faktor pertumbuhan sistem saraf. Mengurangkan risiko serangan saraf seperti Al-zeimer, strok dan dimensia. Cendawan ini mengandungi bahan lektin yang merencat pengumpulan sel darah merah. Ia juga mampu merawat ulser perut,antikeradangan, anti kanser dan juga merendahkan kandungan lipid dan meningkatkan sistem imunsasi dalam badan.

Mempunyai kitaran hidup selama 14 hari, menggunakan media serbuk kayu yang sudah disterilkan bersama sekam gandum untuk pertumbuhan didalam bangunan. Suhu untuk pertumbuhan ialah 18-24?c,kelembapan 90-95%, pertukaran udara segar setiap 5-8 jam.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply