Tanaman anggur di Malaysia adalah masih baru dalam peringkat pembangunan dimana mula ditanam di Perlis. Penanaman anggur di Malaysia bermula sekitar tahun 1980’ an dan semakin meningkat hasilnya sehingga kini. Ramai yang telah cuba menanam anggur secara kecil-kecilan dirumah dan pengeluaran anggur di Malaysia masih belum mencapai tahap komersial di pasaran. Secara umumnya Anggur (Vitis spp) ialah tumbuhan beriklim sederhana dari keluarga Vitaceae yang digunakan sebagai buah segar dan diproses untuk dibuat minuman, kismis, jus, wain dan sebagainya. Penanaman anggur banyak di negara beriklim sub-tropika atau sederhana sejuk dan kini telah ada varieti yang telah sesuai diadaptasikan dengan iklim tropika. Terdapat banyak spesis tanaman anggur di dunia dan telah dikhususkan untuk kegunaan penanaman. Untuk artikel kali ini marilah kita mempelajari klon (jenis-jenis) anggur yang sesuai dan popular ditanam di Malaysia.

Senarai anggur yang ditanam di Malaysia
-
Anggur Isabella
Varieti Isabella dipercaya boleh diadaptasi di mana sahaja, mempunyai ketahanan terhadap suhu yang rendah dan panas, di iklim tropika juga isabella mampu bertahan. mempunyai ketahanan terhadap penyakit kulat dan akar rintang dari serangan nematod dan Phyloxera. ditanam secara komersil dibeberapa buah negara dan dibuat jus serta wine.
-
Anggur IAC
Anggur IAC mempunyai buah yang sedikit lonjong dan gugusan yang padat.
-
White malaga
White malaga menghasilkan buah berwarna hijau, bentuk yang bulat, dan rasa yang sedikit masam. Mampu hidup diiklim tropika seperti Malaysia.
-
Anggur Cardinal
Anggur cardinal mempunyai gugusan buah yang yang lebat, berwarna ungu kehitaman dan mempunyai rasa masam-masam manis.
-
Anggur Black muscat
Buah merah tua kehitaman. Termasuk pilihan penanam. Senang hidup senang diurus. Buah yang besar dan tandan lebat. Banyak ditanam diseluruh negara termasuklah Malaysia
-
Anggur Thompson
Anggur thompson mempunyai buah yang berwarna hijau kuning dan rasa yang enak. tempoh berbuah ialah 14-16bulan.
-
Anggur CBR
CBR tahan pada iklim tropika walaupun kadar ketahanan terhadap kelembaban tidak sehebat Isabella, namun CBR mampu menghasilkan buah di negara kita.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020