PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

Ayam kampung

Ayam kampung

Aktiviti penternakan ayam kampung telah lama wujud di Malaysia dan diusahakan secara kecil-kecilan secara tradisional. Generasi pertama ayam kampung (Gallus domesticus) adalah daripada keturunan ayam hutan merah (Gallus gallus) Dengan kemasukan pedagang-pedagang dari Negeri China lahirlah generasi kedua ayam kampung iaitu kacukan diantara ayam kampong generasi pertama dengan ayam kampung Canton dari Negeri China. Generasi ketiga ayam kampong adalah terhasil dari kacukan beberapa baka asli dari luar negeri yang dibawa oleh penjajah Eropah dengan generasi kedua ayam kampong. Dengan ketiadaan sistem kacukan yang dirancang dan terkawal maka terhasillah berbagai-bagai ayam kampung yang dapat kita lihat hari ini .

Adalah sukar untuk menghuraikan jenis-jenis ayam kampung dari sifat-sifat fizikalnya. Perbezaan ketara adalah dari saiz badan juga menjadikan ayam kampung mempunyai ciri-ciri keunikannya tersendiri. Maka lahirlah berbagai gelaran ayam kampung seperti Ayam Botak, Ayam Bulu Balik, Ayam Selasih, Ayam Janggut, Ayam Laga atau Sabung, Ayam Togel, ayam Katik atau Ayam Jepun dan bermacam-macam lagi gelaran mengikut tempat dan loghat.

Aktiviti peternakan ayam kampung kini boleh dan telah dikormesialkan secara moden melibatkan pelaburan yang besar dan bertarafkan industri . sebut sahaja “AYAM KAMPUNG” pasti ramai pengguna memikirkan dua tiga kali untuk membeli kerana harganya yang tinggi dipasaran. Tetapi bagi mereka yang inginkan kepuasan dan nikmat daging ayam kampung pasti tidak akan menyesal berbelanja lebih kerana daging ayam yang kenyal,segar dan mempunyai rasa yang sangat enak. Permintaan ayam kampung juga semakin meningkat kerana keenakan dagingnya. Kini ramai penternak mula giat menternak ayam kampung kerana ia mudah dan tidak memerlukan penjagaan yang terlalu rapi kerana sifat ayam kampung yang tahan lasak.

Sistem pemeliharaan ayam kampung ini terbahgai kepada tiga sistem iaitu:

  1. Sistem intensif

Kebiasaannya dari jenis ayam berwarna dan jenis kacukan (jenis ayam kampung komersil). Reban adalah jenis lantai tinggi atau lantai rendah diperbuat daripada kayu ataupun simen. Ayam akan diberi makan secukupnya.

  1. Sistem lepas dan separa intensif

Jenis ayam kampung tempatan dan kacukan diternak. Menggunakan jenis lantai bawah daripad kayu atau simen atau lantai sahaja.disediakan kayu untuk ayam bertenggek atau para. Selalunya tempat makan kering dan air minuman jenis sistem automatik atau sistem manual. Setiap reban mestilah berpagar

  1. Sistem ternakan tradisional

Ayam kampung tempatan  dimana reban berasingan untuk anak,ibu, dara , ayam dewasa. Ia perlukan kawasan untuk bertelur dan mengeram serta kawasan yang berpagar untuk menjamin keselamatan.

KEISTIMEWAAN AYAM KAMPONG

  • Boleh dibiakkan sepanjang tahun
  • Boleh dipelihara secara bebas pada waktu siang
  • Sisa makanan rumah boleh diberikan tanpa had
  • Ibu dapat menetaskan telur dengan sendirinya.
  • Ibu boleh mengawal anak-anaknya dari cuaca sejuk dan gangguan musuh.

PEMAKANAN AYAM

Terdapat dua (2) jenis makanan iaitu:-

  • Makanan komersil/dagangan
  • Makanan Ayam Permulaan (Layer Starter Mash)
  • Makanan Ayam Membesar (Layer Grower Mash/Pellet)
  • Makanan Ayam Penghabisan (Layer Finisher Mash/Pellet)
  • Makanan Campuran atau Sisa Makanan
  • Lebihan nasi, hampas kelapa, isi kelapa
  • Dedak, beras hancur, padi, ubi kayu/keledek
  • Ikan baja dan lain-lain

PENGURUSAN

  • Pengurusan anak (1 hari – 4 minggu)

Pastikan anak ayam mendapatkan suntikan pencegahan penyakit. Diberi makanan bermutu dan minuman secukupnya. Pastikan ada lampu untuk memberi kepanasan sehingga umur 2 minggu

  • Peringkat membesar hingga bertelur (4 minggu – 22 minggu)

Pastikan anak ayam mendapat suntikan pencegahan penyakit.Boleh dilepaskan pada siang hari.Makanan campuran atau lebihan sisa makan boleh diberi Sediakan sarang bertelur dan elakkan mengganggu ibu yang sedang mengeram.

PEMBIAKAN

Melibatkan perkahwinan secara tabie atau semulajadi .1 ekor ayam jantan untuk 10 ekor ayam betina.Dipelihara di dalam reban dengan penyediaan sarang bertelur. Pastikan tempat sunyi,kering dan bebas dari gangguan.Kebiasaan boleh mengeram sehingga 15 biji telur dalam jangkamasa 21 hari.

 

 

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in ayam kampung and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply