Lembu merupakan ternakan yang mendapat permintaan yang tinggi terutamanya pada musim perayaan samaada hari raya aidiladha mahupun adilfitri. Terdapat beberapa kaedah penternakan lembu yang di praktis kan di Malaysia antaranya adalah penternakan integrasi bersama kelapa sawit, penternakan cara meragut lepas,fidlot, dan separa integrasi. Pada posting kali ini, saya ingin berkongsi mengenai kaedah penternakan lembu secara fidlot untuk panduan dan infomarsi untuk yang berminat untuk menceburi dalam bidang penternakan lembu.
Apa itu penternakan lembu fidlot?
Fidlot ialah mentemak lembu pedaging secara intensif berkurung dengan memberi makanan yang bermutu serta air secukupnya, mineral dan vitamin untuk membesar dan menggemukkan lembu dalam masa yang singkat.
Sistem fidlot terbahagi kepada 2 sistem iaitu:
1. Sekali masuk- sekali keluar
Memelihara sekumpulan ternakan sahaja dalam sesuatu masa sehingga tamat tempoh dan mencapai target berat pasaran.Selepas semua ternakan habis dipasarkan (dijual) barulah dimasukkan dan dipelihara kumpulan ternakan berikutnya.
2. Masuk-Keluar Berterusan
Memelihara beberapa kumpulan ternakan secara berperingkat mengikut tempoh tertentu berdasarkan target pasaran bagi setiap kumpulan, Setiap kumpulan ternakan dipelihara dan dipasarkan (dijual) secara berterusan.
PEMILIHAN TERNAKAN
Asas Pemilihan
Pemilihan ternakan untuk fidlot perlu berasaskan kepada keperluan pasaran. Faktor-faktor yang mempengaruhi termasuklah:
i. Permintaan . keperluan pasaran
ii. Penetapan berat awal
iii. Peningkatan berat badan
iv. Target berat akhir atau berat jualan
Baka dan Jantina
Terdapat tiga jenis baka lembu yang boleh dipilih untuk penternakan fidlot yang boleh mengadaptasi cuaca tempatan dan mempunyai ciri-ciri tumbesaran yang baik seperti
• Baka import Contoh : lembu Brahman, Droughmaster, Sahiwal-Fresien dan Nellore.
• Kacukan baka tempatan dengan baka import Contoh : Kacukan KK x Brahman dan KK x Nellore.
• Baka tempatan Kedah-Kelantan (KK) Lembu baka tempatan KK bagaimanapun memberikan peningkatan berat badan (ADG) yang lebih rendah berbanding baka import atau kacukan. Jantina lembu yang sesuai untuk fidlot adalah jantan bagaimanapun lembu-lembu betina dewasa yang ditakai juga terbukti memberikan pulangan yang baik.
Umur dan Berat Badan
i. Umur antara satu hingga satu setengah tahun
ii. Berat awal antara 200-250 kg (baka import atau kacukan) dan 150-200 kg (baka tempatan atau KK)
Lembu yang dipilih untuk penternakan fidlot mestilah diperolehi dari sumber atau gerompok ternakan yang sihat dan disahkan bebas dari jangkitan penyakit oleh Jabatan Perkhidmatan Haiwan. Lembu tersebut juga perlu disahkan bebas dari penyakit kuku dan mulut serta penyakit hawar berdarah dan telah diberi suntikan vaksinasi pencegahan penyakit tersebut. Pastikan lembu adalah bebas dari jangkitan kutu dan cacing serta telah diberi rawatan ubat kutu dan cacing serta sempurna anggotanya dan tidak cacat serta tidak bantut dari segi pertumbuhan badan. Sumber ladang atau gerompok ternakan dari mana lembu diperolehi perlu dipastikan mempunyai sijil perakuan bebas penyakit dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan.
Ciri-ciri kawasan yang sesuai untuk penternakan fidlot
• Mempunyai ruang untuk mendirikan kandang konkrit, luas kandang ialah 30 kaki persegi untuk seekor lembu. Misalnya, kandang sebesar 30 kaki panjang dan 10 kaki lebar dan 8 kaki tinggi adalah sesuai untuk 10 ekor ternakan.
• Palung makanan mestilah terletak lebih tinggi arasnya dari palung air.
• Mempunyai kemudahan jalan keluar masuk yang baik untuk pengangkutan ternakan dan makanan.
• Mempunyai kemudahan saliran untuk mengeluarkan najis dan basuhan kandang.
• Pastikan mempunyai air bersih untuk minuman dan membasuh kandang.
• Mempunyai Tempat menyimpan makanan yang berbumbung berlantai dan sentiasa kering hendaklah disediakan. Seelok-eloknya terletak berhampiran dengan kandang serta mempunyai kemudahan untuk memunggah guni-guni makanan. Pengudaraan yang baik juga diperlukan, di samping ianya perlu bebas dari serangan tikus.
• Sebuah trevis atau pasung diperlukan untuk mengawal ternakan ketika membuat rawatan atau pemeriksaan.
Pemakanan
Terdapat pelbagai jenis bahan makanan seperti foraj, silaj, bijirin dan bahan-bahan sisa pertanian dan perindustrian. Diantaranya adalah seperti berikut :-
i) Foraj
ii) ii) Bijirin
iii) iii) Bahan protein
iv) iv) Bahan sisa pertanian – Rumput segar, rumput kering, silaj – Jagung, dedak gandum, Corn gluten feed, sekoi – Dedak soya, dedak kacang tanah, dedak kacang hijau Kelapa sawit Padi Tebu Kelapa Sisa dapur Jagung manis Ikan Koko
v) Garam Galian dan Vitamin – Garam galian hendaklah dicampurkan bersama dengan kadar 1 – 1.5 kg. setiap 100 kg. makanan. Sebagai gantian garam dapur atau garam TCP boleh disediakan untuk dijilat.
vi) Blok Urea Molas (Urea Molasses Block) – Blok urea molas mengandungi tambahan tenaga, protein dan galian-galian yang boleh menampung kekurangan zat nutrien yang berkenaan pada ternakan. Ia boleh juga mengandungi atau dicampur dengan ubat cacing jika diperlukan. Ternakan yang menjilat Blok Urea Molas ini akan mendapat tambahan zat tenaga, galian, protein dan juga ubat cacing disamping meningkatkan selera makannya dengan terdapatnya urea didalamnya, yang berfungsi sebagai perangsang selera.
PENJAGAAN
• Membasuh Kandang. Kandang ternakan biasanya dibasuh sekali dalam sehari. Akan tetapi, untuk menjimatkan belanja ianya boleh dibasuh dua hari sekali sahaja. Ketika membasuh, pastikan air tidak membasahi palung makanan, kerana ia akan menyebabkan makanan berbau dan berkulat.
• Rawatan. Sambil membasuh kandang dan memberi makanan, pemerhatian hendaklah dibuat secara keseluruhan kepada ternakan. Jika kelihatan ada lembu yang tidak sihat, pegawai dari Jabatan Perkhidmatan Haiwan hendaklah dihubungi segera untuk bantuan rawatan.
Tempoh Penggemukan Tamat
Penggemukan secara fidlot biasanya dijalankan selama enam bulan. Ini bergantung kepada berat terakhir dicapai oleh ternakan atau adanya peluang pasaran dengan harga yang tinggi. Pada bulan-bulan terakhir, pertambahan berat yang menurun juga menunjukkan lembu-lembu sudah siap untuk disembelih. Biasanya, berat maksimum yang menguntungkan bagi lembu-lembu import yang digemukkan ialah antara 350 kg. hingga 400 kg. Sungguhpun demikian, lembu boleh juga dijual pada berat yang kurang sekiranya ada pembeli yang sedia membayar harga yang tinggi. Keperluan pengguna dan kemampuan pembeli juga harus diambil kira.
Menjual Ternakan
Penternak digalakkan menjual sendiri ternakan masing-masing di masa yang betul. Kriteria yang digunakan bagi menentukan masa jualan ialah berat hidup. Lembu boleh mula dijual apabila mencapai berat badan antara 320 – 350 kg.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020