MENILAI RISIKO SEKTOR PERTANIAN

Semua pengusaha baru akan melakukan analisa kewangan sebelum memulakan projek dalam bidang pertanian.

Risiko daripada sudut kewangan yang selalu dibincangkan sebelum memulakan projek pertanian umumnya fertigasi.

Usahawan baru hanya menilai dan menganalisa risiko sesuatu projek pertanian daripada sudut kewangan sahaja.

Yang boleh dilihat melalui unjuran aliran tunai yang dibuat menggunakan perisian excel.

Angka – angka di dalam excel ini pula selalu diubah bagi menjadikan projek berdaya maju.

Tujuan untuk mendapatkan pinjaman, geran dan menarik pelabur.

Perbuatan seperti ini adalah menjerut leher anda sendiri.

Namun jarang dan hampir tiada langsung usahawan atau pengusaha yang berjumpa dengan saya membincangkan risiko yang wujud selain daripada risiko kewangan sebelum masuk bidang pertanian ini.

Dalam keadaan ekonomi yang tidak berapa sihat ini, semakin ramai orang hilang pekerjaan akibat VSS dan sebagainya.

Salah satu bidang yang mereka nampak adalah pertanian.

Yes. Apabila ekonomi kurang memberangsangkan, semua orang tertumpu kepada sektor pertanian.

Ini kerana sektor pertanian menawarkan modal yang minima, risiko pelaburan yang rendah daripada segi kewangan dan pulangan yang tinggi dalam jangka masa yang pendek.

Namun begitu, mereka silap, terdapat banyak risiko yang boleh mendapatkan kerugian kepada mereka.

Antara risiko utama adalah:

1. Penyakit dan serangga perosak

Masalah penyakit dan serangga perosak yang menyerang tanaman. Kegagalan mengawal dan mengatasi masalah ini akan menyebabkan hasil menurun dan sekaligus mendatangkan kerugian kepada usahawantani. Ini antara risiko utama yang perlu dipertimbangkan.

2. Risiko cuaca yang ekstrim

Merupakan sumber risiko tradisional, misalnya kerosakan akibat kebakaran, angin, banjir, kemarau dan lain-lain faktor cuaca yang memberi kesan kepada tanaman dan ternakan. Sebagai contoh El Nino yang melanda negara kita sekarang memberi kesan kepada industri pertanian.

3. Risiko manusia / pekerja

Berkaitan dengan perilaku, kesihatan, dan sifat-sifat pekerja seseorang yang tidak dapat diduga sehingga dapat mengakibatkan risiko kerugian dalam projek pertanian. Kehilangan pekerja ketika detik kritikal juga mempengaruhi hasil yang akan dicapai. Sifat Ketidakjujuran seseorang dapat pula mengakibatkan pelaksanaan usaha tani menjadi kurang efisien yang akhirnya menurunkan hasil pengeluaran.

4. Risiko teknologi

Penggunaan sesuai teknologi perlulah setimpal dengan kos projek dan harga jualan hasil pertanian. Penggunaan teknologi yang terlalu tinggi kosnya akan mengakibatkan pulangan yang lambat serta memerlukan kos penyelenggaran yang tinggi.

5. Risiko harga pasaran

Biasanya dikaitkan ketidaktentuan harga yang diterima usahawan. Usahawan harus mendapat harga pasaran yang baik untuk mengimbangi kos input yang dibeli. Harga pasaran ini juga turut dimanipulasikan oleh orang tengah. Ini juga merupakan musuh utama petani!

Kongsikan!
This entry was posted in Pertanian Umum and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply