Fan – Pad Cooling Sistem alternatif sistem penyejuk Struktur Pelindung Hujan

Kali ini kita nak sembang berkenaan sistem penyejuk struktur pelindung hujan (SPH) atau greenhouse.

Kebiasaanya struktur pelindung hujan di Malaysia menggunakan natural ventilation.

Natural ventilation memanfaatkan peredaran udara dari luar masuk ke dalam SPH dan keluar daripada SPH secara semulajadi senang cerita tiupan angin.

Seterusnya kita faham peredaran udara panas yang kurang padat dan bergerak ke atas dan keluar daripada SPH melalui ruang pengudaraan di atas bumbung SPH.

Selain penggunaan natural ventilation terdapat juga sistem penyejuk mekanik yang digerakkan menggunakan
tingkap bermotor, kipas, exhaust fan, inlet dan outlet dan lain-lain lagi.

Walau apa pun mekanisma penyejukkan yang digunakan, suhu di dalam SPH adalah tinggi berbanding dengan suhu di luar SPH.

Salah satu sistem penyejuk yang popular digunakan pada SPH adalah fan – pad cooling sistem.

Sistem fan – pad cooling merupakan gabungan pad penyejuk serta exhaust fan yang terletak hujung ke hujung SPH.

Polyhouse-with-Fan-and-Pad-System

fig 18.3.3

Sistem ini memanfaatkan proses sejatan air (evaporation of water).

Harus ingat proses sejatan memerlukan udara panas yang akan disinggirkan melalui udara sejuk berhampiran pad cooling ini.

Jika semua ruang udara dan pintu SPH ditutup, sistem ini beroperasi, dengan udara luar SPH ditarik melalui pad basah dan air tersejat.

Kerana setiap air tersejat, tenaga haba diserap dari udara oleh air semasa perubahan daripada cecair kepada wap.

Mengeluarkan tenaga dari udara merendahkan suhu udara yang diperkenalkan atau masuk ke dalam SPH.

Suhu udara mengurangkan selepas melalui pad.

Semasa udara di dalam SPH bergerak menuju ke exhoust fan, ia memungut haba daripada sinaran suria, tumbuh-tumbuhan, dan tanah, dan suhu udara bertambah beransur-ansur.

Yang terhasil adalah udara suhu meningkat apabila udara bergerak ke exhoust fan.

Kebiasaanya, suhu di berhampiran pad adalah rendah manakala suhu berhampiran exhoust fan adalah tinggi.

Kecekapan sistem ini boleh diukur dan suhu udara keluar pad penyejukan boleh dikira dengan persamaan berikut.

formulasi

Faktor yang mempengaruhi kecekapan sistem fan – pad cooling ini adalah:

1. Jarak lokasi pan dan exhoust fan. Jarak yang ideal adalah kurang daripada 130 kaki.

2. Kuasa HP exhoust fan

3. Kelajuan aliran udara melalui pad

4. Kelajuan aliran air pada pad

5. Saiz cooling pad

6. Material cooling pad

7. Lokasi SPH dan susun atur

8. Faktor operasi: SPH perlu sentiasa berada dalam keadaan tertutup.

Sistem pad fan cooling ini juga banyak digunakan dalam ternakan ayam tertutup.

danial danish

About danial danish

co-Founder Myagri. Petani kapitalis yang menumpukan pada kos efektif pada setiap projek pertanian untuk minimakan kos, triplekan hasil pengeluaran dan maksimakan pendapatan.
This entry was posted in SPH and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply