Baja Zeolit terbentuk secara semula jadi dari batuan dan abu gunung berapi yang bertindak balas dengan alkalin di bawah tanah hasil daripada proses pemendapan alam semulajadi selama berjuta-juta tahun.
Zeolite dibentuk dari komponen lahar gunung berapi juta tahun dahulu .
Secara umumnya, zeolit merupakan satu kumpulan galian semulajadi yang mempunyai sifat fizikal dan unsur kimia yang dapat dijadikan penapis molekul.
Zeolit bertindak dengan menyerap nutrien di dalam tanah dan mengagihkannya kepada tumbuhan.
Zeolit telah terbukti dapat membantu tumbuhan menyerap nutrien baja dengan mudah dan berkesan sekaligus meningkatkan pertumbuhan tanaman.
Selain daripada itu zeolit juga dapat mencegah kehilangan nutrien di dalam tanah.
Molekul Zeolit membawa cas ion negatif yang dapat bertindak balas bergabung dengan ion bercas positif seperti kalium, kalsium, ammonium dan magnesium.
Sekaligus bertindak sebagai baja slow release kepada tanaman.
Zeolite sangat aktif, tidak mudah larut dan mempunyai mineral alami yang stabil (sebahagian dari kumpulan hydrated alumino silicates) dan sesuai digunakan sebagai penambahan organik perladangan dan perkebunan.
Selain daripada itu zeolit juga digunakan di dalam industri aquakultur dan pembuatan makanan ternakan.
Antara kebaikan unsur ZEOLITE adalah:
1. Amat murah
2. Menjimatkan penggunakan baja
3. Meningkatkan hasil pengeluaran
4. Mengelakkan kehilangan nutrisi baja
5. Menambah daya tahan tanaman dan mengurangkan serangan penyakit
6. Memperbaiki pengudaraan dan pengairan tanah.
7. Sesuai digunakan untuk semua jenis tanaman
8. Menyerap, kandung lepas (hold release) dan menukar pelbagai kimia, nutrien baja dan ion-ion mengikut keperluan semasa tanaman
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021
Salam bang. Sy nk tnye. Bole ke kite cam baja zeolite yg ori ngn tiruan? Mgkin dr fizikal zeolite tu kte bole cam. Trima kasih bang
Mmmg ada beza di antara zeolit tulen dan palsu.
Salam en.
Bila lagi akan dianjurkan kursus untuk penanaman cili fertigasi dalam waktu terdekat ini? Berapa jumlah bayaran untuk menyertai kursus dan bolehkah orang seperti saya yang tidak punya ilmu tentang pertanian ingin menyertai kursus ini?
Kami akan maklum dari semasa ke semasa.