Urban garden atau lebih dikenali sebagai pertanian Bandar atau kebun bandar merupakan satu cara untuk melaksanakan sistem pertanian dibandar yang semakin popular pada masa kini. Dengan pertumbuhan bandar-bandar diseluruh dunia yang berkembang dengan pesat bagai cendawan tumbuh selepas hujan dengan jumlah penduduk Bandar yang semakin ramai. Dengan keadaan penduduk yang mencecah 7 billion dan semakin meningkat yang memerlukan makanan dan air serta udara bersih. Kawasan pertanian telah menjadi semakin berkurang akibat daripada proses perbandaran terutamanya dipinggir Bandar untuk mendirikan kawasan rumah kediaman, kawasan perumahan, kawasan industri,jalan raya dan sebagainya. Ekoran daripada kepesatan pembangunan ini, kebun Bandar mula diperkenalkan untuk memenuhi keperluan makanan harian.
Kebun Bandar ini lebih kepada menghasilkan makanan sendiri, menjana pendapatan sampingan, mengalakkan interaksi sosial, meningkatkan kualiti persekitaran, mesra alam dengan menggunakan bahan-bahan terpakai dan kitar semula seperti botol-botol plastik, tin kosong, kayu pallet terpakai, tong plastik, tayar dan sebagainya. Dengan kata yang mudah kebun Bandar ini adalah menanam sayuran atau buah-buahan sendiri dengan mengunakan bahan terpakai di kawasan rumah. ini memudahkan pengguna mendapatkan keperluan bahan mentah sayuran terus dari kebun, lantas dapat meningkatkan sekuriti dan keselamatan makanan dinegara kita sekiranya semua melakukan aktiviti berkebun dirumah.
Terdapat pelbagai kebaikan melaksanakan kebun Bandar atau urban garden ini iaitu kesan penghijauan dimana ia mengurangkan kesan hakisan berbahaya, menambahkan kawasan teduhan dan mengawal suhu dikawasan persekitaran Bandar agar lebih nyaman dan membantu mengindahkan permandangan di sekitar Bandar. Selain itu, ia memberikan peluang kepada manusia untuk mendekatkan diri dengan alam semula jadi dan menenangkan fikiran penduduk dibandar yang hiruk pikuk. kebaikan lain ialah, pengguna dapat menjimatkan perbelanjaan dapur, mendapat sumber makanan organik dan di jamin pengendalian yang baik serta memberi kepuasan dengan hasil tanaman sendiri. Sekiranya terdapat lebihan tanaman,boleh dijual untuk mendapat pendapatan sampingan.
Kebun Bandar ini adalah sangat menarik dan membuatkan kita teruja untuk melakukannya kerana ia sangat menarik dan cantik sekiranya kita pandai untuk melakukan susun atur atau landskap. Urban garden ini boleh dilakukan di halaman rumah, balkoni, dibelakang rumah atau atas bumbung. Walaupun mempunyai ruang yang kecil, urban garden ini boleh dibuat mengikut kreativiti anda kerana ia sememangnya tidak memerlukan ruang yang besar,fleksible dan mampu untuk menanam pelbagai jenis sayuran dan buah buahan. Antara tanaman yang seringkali ditanam ialah:
1) Kobis
2) Terung
3) Timun
4) Kacang panjang renek
5) Kangkung
6) kesum
7) kucai
8) ulam selom
9) Lada merah
10) Cili api
11) sayur bayam
12) Sayur Sawi
13) Sayur Kailan
14) Daun Sup
15) Tanaman Bendi
Pada masa kini, tiada kajian atau data rasmi berkaitan pertanian bandar di Malaysia. Walau bagaimanapun usaha pertanian bandar di negara kita dapat dilihat secara tidak langsung melalui Program Bumi Hijau yang diperkenalkan oleh kerajaan di bawah Dasar Jaminan Bekalan Makanan untuk memastikan bekalan makanan yang mencukupi dan berterusan. Sebagai contoh, Dewan Bandaraya Kuala Lumpur memperkenalkan projek Bumi Hijau di kawasan Projek Perumahan Rakyat (PPR) di sekitar Kuala Lumpur yang melibatkan beberapa individu, kumpulan, persatuan penduduk dan Jawatankuasa Kemajuan dan Keselamatan Kampung (JKKK)8. Selain itu, sebilangan kecil penduduk atau agensi menjalankan penanaman sayuran di laman rumah, balkoni, dalam kawasan institusi dan di bawah laluan rentis elektrik.
Pertanian bandar dilihat sebagai amalan mampan kerana ia memberi manfaat dari aspek sosial, ekonomi dan persekitaran bandar seperti mengurangkan ‘ecological footprints’ bandar, mengguna dan mengitar semula sisa bandar dan menjana peluang pekerjaan dan menyokong kepada keperluan makanan penduduk bandar.
Dalam melaksanakan pertanian bandar di Malaysia, banyak perkara yang perlu diteliti seperti keperluan perundangan, kesediaan tanah, kesesuaian lokasi, jenis tanaman dan ternakan selain sikap dan pemikiran negatif individu, komuniti, organisasi atau pihak berkepentingan terhadap pertanian bandar. Jadi sebagai komuniti yang cintakan tanaman marilah kita memulakan langkah untuk bercucuk tanam secara kecil-kecilan dirumah.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020