
nutrien yang diserap oleh akar
Akar merupakan komponen yang paling penting bagi tanaman. Terdapat tiga fungsi utama akar yang penting iaitu sebagai sistem sokongan pokok, sebagai alat penyerapan nutrient, dan tempat penyimpanan makanan. Pada entri kali ini, kita akan mempelajari proses resapan nutrient oleh akar. Bagaimana pokok mendapatkan nutrient melalui akar? Bagaimana proses itu berlaku dan nutrient apa yang diresap oleh akar?.
Terdapat 17 nutrient yang diperlukan oleh tanaman berdasarkan kepada keperluan tanaman samaada dalam unsur makro dan mikro. Antara unsur makro ialah C, H, O, N, P, K, Ca, Mg, S ; Unsur Mikro: Fe, Mn, B, Zn, Cu, Mo, Cl, Co. jumlah penyerapan nutrient tanaman adalah bergantung kepada jenis tanaman itu sendiri. tanaman menyerap unsur C dan O dari udara sebagai CO2 melalui proses fotosintesis manakala H dimabil daripada air dari tanah (H2O). unsur lain diserap melaui tanah.
Akar tanaman menyerap nutrient melalui dua urutan yang berbeza. Pertama, nutrient akan bergerak dari tanah ke permukaan akar tumbuhan. Yang kedua nutrient diluar akan masuk kedalam akar tumbuhan. Apabila nutrient sudah memasuki akar tumbuhan, nutrient akan bergerak keatas menuju ke daun dan akan menghasilkan sayuran atau buah.
Penyerapan nutrient oleh akar tanaman
Penyerapan nutrient oleh akar tanaman ada tiga cara keseluruhannya iaitu :
- pemintasan akar (root interception)
- aliran masa (mass flow)
- Difusi (diffusion)
Pemintasan akar (root interception)
Jenis tanah seperti pasir, lempung, tanah liat menghasilkan ruang pori bersama dengan bahan organik dimana nutrient banyak didapati. Penyerapan akar adalah proses dimana akar yang tumbuh melalui dalam tanah akan berhubung dengan nutrient. Proses ini bergantung kepada akar itu sendiri untuk bergerak dan tumbuh melalui tanah untuk mencari nutrient. Struktur tanah yang baik adalah sangat penting didalam proses penyerapan nutrient ini kerana mendapan tanah yang teruk akan menganggu akar untuk menyerap nutrient di dalam tanah.
Aliran masa (mass flow)
Proses Pergerakan nutrient kedalam akar melalui air adalah dipanggil aliran masa (mass flow). Sebagai contoh pokok jagung menyerap air, ia menyerap air dari dalam tanah melalui sistem akar. Aliran masa (mass flow) pemgambilan nutrient berlaku semasa nutrient tersebut mengalir bersama air yang diangkut. Antara nutrient yang diambil ialah nitrogen dan sulfur. Kepekatan nutrient juga memainkan peranan yang penting terhadap jumlah pengambilan nutrient melalui mass flow ini. Lebih banyak nutrient yang ada didalam tanah, lebih banyak nutrient yang akan di angkut oleh air melalui sistem akar.
Penyerapan
Semasa penyerapan, akar yang tumbuh didalam tanah akan menyerap masuk nutrient disekitar sistem akar dan akar-akar halus. Kepekatan nutrient disekitar sistem akar akan menurun, nutrient daripada kepekatan tinggi akan bergerak atau meresap kepada kepekatan yang rendah dan masuk kedalam akar.proses resapan ini hanya bergerak didalam lingkungan kawasan yang kecil sahaja, nutrient potassium (K) dan Phosphorus (P) adalah yang banyak diserap melalui kaedah ini. Memandangkan P dan K adalah yang banyak diresap kedalam akar,adalah sangat penting ia mempunyai kepekatan yang tinggi daripada dalam pori-pori tanah dan nutrient mestilah berada dekat dengan zon akar.
Seperti yang anda lihat, terdapat beberapa cara yang memberi kesan kepada pengambilan nutrient kepada tanaman melalui akar. Kepekatan nutrient dan kawasan ia berada adalah penting untuk memastikan pengambilan nutrient yang optimum dan sistematik sepanjang musim.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020