Artikel kali ini berkenaan Home Made CILI BOH.
Saya rasa orang malaysia kalau makanan tak pedas tak sahkan.
Jadi apakah kita cuba buat cili boh sendiri.
Sekurang – kurangnya bebas daripada pewarna dan pengawet makanan.
Kita yakin dan tanpa was – was nak menggunakannya dalam masakan.
Cara – cara membuatnya sangat mudah dan ringkas.
Nama pun home made.
Berikut adalah bahan-bahan yang diperlukan;
1) 100 gm cili kering
2) 3 labu bawang besar
3) 2 labu bawang putih
4) 200 gm halia
5) sedikit garam dan cuka sebagai pengawet
Cara membuatnya :
1. Cili kering di buang bijinya supaya tak pedas sangat dan direbus dengan air panas hingga lembut. Cili kering ditapis dan air rebusan cili dibuang.
2. Toskan dalam penapis.
3. Kisar halus cili kering dengan bawang, halia, garam dan cuka serta sedikit air.
4. Masukkan ke dalam bekas yang sesuai dan simpan dalam peti sejuk
SELAMAT MENCUBA!
- Mahu Untung Besar dalam Projek Fertigasi Anda? Lihat LIMA faktor mudah ini dalam penanaman secara Fertigasi. - February 2, 2022
- Khaisiat sebenar Kesum - May 23, 2021
- Gong Xi Fa Chai! Happy Chinese New Year 2021 - February 10, 2021