KOMPONEN SISTEM PENGAIRAN : PENAPIS AIR

Di dalam siri kali ini kita akan lihat satu lagi komponen yang penting di dalam sistem pengairan fertigasi iaitu penapis air atau water filter.

Terdapat pelbagai jenis filter yang ada di pasaran.

Serta filter ini juga ada yang sesuai digunakan di ladang, rumah, kilang air mineral.

Jadi filter jenis apakah yang sesuai untuk digunakan di ladang atau kebun fertigasi?

Bagi kegunaan ladang atau kebun, khususnya fertigasi, penapis air jenis cakera atau disc filter yang menjadi pilihan.

Disc filter bermaksud, bahagian penapisnya atau filtering systemnya berbentuk disc yang disusun rapat membentuk satu sistem penapis.

Boleh faham ke?

Kita cuba sekali lagi.

Di dalam bahagian disc filter terdapat banyak disc – disc kecil yang disusun selari rapat-rapat atau vertikal bagi membentuk sistem penapis.

Oklah, layan gambar jer lah.

Disc filter hanya mampu menapis kotoran yang besar sahaja seperti pasir, seluk dan sampah.

Terdapat pelbagai saiz disc filter di pasaran, daripada 25 mm, 32 mm, 50 mm dan 63 mm.

Saiz bukaan inlet dan outlet ini menentukan panjang filtering system.

Lagi panjang filtering system lagi cepat / banyak air yang ditapis akan mengalir ke luar ke outlet.

Secara umumnya, sistem fertigasi memerlukan dua filter air iaitu selepas pam air dan sebelum air masuk ke tangki air.

Jika punca air yang digunakan daripada air kolam, tasik, sungai, lombong, paya dan sebagai filter diperlukan sebelum air masuk ke tangki air.

Jika air paip jabatan digunakan pengusaha mempunyai pilihan sama ada untuk memasang filter atau tidak sebelum air masuk ke tangki air.

Namun begitu, selepas pam air wajib diletakkan filter.

Ini kerana jika sistem pengairan telah dicemari oleh kotoran, kemungkinan untuk sistem pengairan fertigasi tersumbat adalah tinggi.

Harga penapis air bergantung kepada saiz inlet/outlet dan panjang filter.

Kebiasaanya sekitara RM 35 ke RM 180 seunit.

Filter ini perlu dicuci dua minggu sekali kalau rajin, kalau malas buatlah sebulan sekali.

Yang perlu dicuci adalah disc di dalam filter tersebut.

Kongsikan!
This entry was posted in Alat Fertigasi, Fertigasi and tagged . Bookmark the permalink.

Leave a Reply