Penternakan Udang Galah

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii merupakan hidupan air tawar yang sangat aktif pada waktu malam. Udang galah kebiasaannya hidup di sungai, saliran, tasik dan di muara sungai. Ianya merupakan udang yang amat digemari kerana isinya yang lebih enak jika dibandingkan dengan udang-udang lain. Harga udang galah dipasaran kini mencecah RM 40 ringgit sekilogram. Harga yang tinggi sebegini menjadi pemangkin kepada penternak ikan untuk bertukar kepada penternakan udang galah. Walaubagaimanapun, Malaysia tetap jauh ketinggalan dalam industri udang galah ini jika dibandingkan dengan Thailand, Taiwan dan Vietnam.

udang-galah

Penternakan udang galah boleh diusahakan dengan kaedah monokultur ( penternakan tunggal) atau polikultur (penternakan bersepadu). Di negara ini masih banyak sumber air tawar yang belum tercemar seperti di negeri Pahang, Negeri Sembilan, Terengganu, Sabah dan Sarawak yang ideal untuk tumbesaran udang galah.
Terdapat beberapa aspek yang perlu diberi perhatian sebelum memulakan penternakan udang galah ini. Pertamanya adalah saiz dan kedalaman kolam. Saiz kolam perlulah sesuai dengan kuantiti udang yang bakal diternak. Kolam yang terlalu sempit akan menyebabkan persaingan yang sengit dan akan mempengaruhi saiz udang. Keduanya adalah pengeringan kolam. Kolam perlu didedahkan dengan matahari terik bagi tujuan membunuh pemangsa yang ada di dalam kolam tersebut seperti ikan dan belut. Cahaya matahari juga membantu mempercepatkan proses pereputan bahan organik seperti najis, daun dan rumput mati. Pengeringan mestilah dibuat selama dua minggu. Sekiranya pengeringan tidak dapat dijalankan, kolam tersebut hendaklah diracun untuk membunuh pemangsa.

ban

Penjagaan udang galah tidaklah rumit. Pengusaha Cuma perlu melaksanakan beberapa perkara saja iaitu mengapur, membaja, memberi makanan dan mengawal penyakit. Secara teorinya mengapur dilakukan untuk menstabilkan pH air dan menggalakkan salin kulit. Anatara jenis-jenis kapur yang biasa digunakan ialah, calcium oxide, dan calcium carbonate. Membaja pula dilakukan untuk menggalakkan pertumbuhan makanan semula jadi seperti cacing, siput dan lumut. Bagi baja kimia, triple phosphate boleh digunakan pada kadar 3,5kg/1000m/week.

Dalam penternakan udang galah, perlu dipastikan bahawa air yang disalurkan ke kolam hendaklah sentiasa bersih dan tidak membawa apa-apa pathogen yang boleh menyerang udang galah. Penyakit yang biasanya menyerang udang galah ialah black spot iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria. Penyakit ini mampu dikawal dengan cara merawat sumber air yang digunakan dan dengan mengelakkan kecederaan fizikal udang. Anatara rawatan kimia yang boleh dipraktikkan adalah dengan mengunakan 10ppm asid oxolinic selama setengah jam atau dua nifurpirinol untuk 98 jam dan 11-13ppm furozolid.

Malaysia mampu untuk maju dalam industri udang galah ini jika kepakaran dalam teknologi pembenihan, penternakan dan pemprosessan udang galah dipertingkat. Setiap industri mempunyai risiko tersendiri namun ianya tetap mampu berkembang dengan adanya sokongan daripada pelbagai pihak.

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in Ternakan air and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply