PROSES TRANSPIRASI

Transpirasi adalah proses adalah proses kehilangan air dari daun ke persekitaran melalui stomata dalam bentuk wap air. Air hilang dalam kuantiti kecil melalui penyejatan dari permukaan bunga dan juga lentisel pada batang.Namun, hampir 90% air hilang adalah dalam bentuk wap air dan kebanyakkannya hilang melalui liang-liang kecil pada permukaan daun, yang dikenali sebagai stomata.

 

stomata

stomata

Stomata adalah liang kecil pada permukaan daun yang dikawal oleh sel pengawal yang berbentuk seperti kacang. Berfungsi untuk membenarkan pertukaran oksigen dan karbon dioksida semasa fotosintesis dan juga respirasi. Selain itu, stomata juga berfungsi untuk menyingkirkan wap air semasa transpirasi.  Kadar kecekapan transpirasi dinilai dengan satu formula dipanggil sebagai kadar kecekapan penggunaan air  (Water Use Efficiency). Proses transpirasi ini sangat aktif pada waktu ada cahaya matahari dimana daun akan kelihatan daun seakan layu dimana berlaku banyak transpirasi keluar masuk gas,air dan nutrient. Kemasukan CO2 dan penghasilan oksigen kedalam udara menjadikan bekalan oksigen di kawasan banyak tumbuhan berlaku.

Kepentingan proses transpirasi bagi tumbuhan ialah:

  • Menyejukkan tumbuhan dengan penyejatan air
  • Mengangkut air dan mineral daripada akar ke daun.
  • Memastikan kesegahan (tidak layu) sel sebagai sokongan kepada tumbuhan.
  • Menyingkirkan air yang berlebihan dari tumbuhan
proses transpirasi

proses transpirasi

Faktor yang mempengaruhi kadar transpirasi bagi tumbuhan ialah:

  •  KELAJUAN ANGIN – Semakin laju angin, semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah
  • SUHU – Semakin tinggi suhu (panas), semakin banyak air tersejat, kadar transpirasi bertambah
  • KELEMBAPAN – Semakin lembap persekitaran (banyak wap air), semakin kurang air tersejat, kadar transpirasi berkurang
  • CAHAYA – Cahaya merangsang bukaan stomata. Semakin tinggi keamatan cahaya, semakin tinggi kadar transpirasi kerana stomata akan terbuka dengan lebih luas.
  • LUAS PERMUKAAN DAUN – semakin banyak bilangan stomata pada tumbuhan tersebut. Semakin luas kawasan untuk air menyejat, semakin tinggi pula kadar transpirasi.

Transpirasi memberikan manfaat iaitu ia membantu penyerapan mineral dari tanah dan menghilangkan panas pada permukaan daun. Menurut Tibbits ( 1979 ). Tumbuhan yang ditanam dalam rumah kaca yang mempunyai kelembaban tinggi dan udara yang kaya CO2 (membuat stomata cenderung tertutup) dapat menampakan kekurangan kalsium pada bahagian tertentu. Sebaliknya transpirasi yang terlalu cepat dapat menyebabkan meningkatnya beberapa unsur tertentu.

 

 

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in transpirasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply