Penanaman Ulam Sebagai Pendapatan Sampingan

Sebut saja ulam, semua orang pasti sudah sedia maklum akan khasiatnya. Sebelum ini, ulam-ulaman hanya terkenal dalam kalangan penduduk luar bandar tetapi kini, ulam-ulaman sudah menjadi santapan biasa masyarakat bandar. Perkembangan penyelidikan masa kini membuktikan ulam-ulaman baik untuk kesihatan dan kecantikan lantas mengubah gaya pemakanan sebahagian besar masyarakat di Malaysia. Ulam-ulaman membekalkan fiber, vitamin A, vitamin C, asid folik dan zat galian kepada tubuh manusia.

Dengan mengamalkan pemakanan ulam dapat merendahkan kadar kolestrol dalam darah dan mencantikkan kulit.
Pemakanan ulam- ulaman boleh dikatakan kembali ke alam semulajadi. Ini kerana ulam dimakan secara terus tanpa perlu dimasak terlebih dahulu. Oleh sebab itu, khasiat yang terkandung didalamnya akan kekal tanpa mengalami kehilangan zat disebabkan oleh haba dari proses memasak. Kehilangan zat semasa memasak boleh menyebabkan nutrient yang diterima oleh tubuh tidak optimum.

Terlalu banyak ulam-ulaman yang terdapat di Malaysia. Antaranya ialah pegaga, timun dan ulam raja. Ulam-ulaman ini sangat mudah dijumpai kerana mereka mudah tumbuh. Hal ini memudahkan sesiapa juga untuk menanamnya sama ada untuk kegunaan sendiri atau dikomersialkan. Ulam-ulaman tidak memerlukan kos menjagaan yang tinggi dan ianya boleh ditanam dengan pelbagai kaedah penanaman.

Sebagai contoh, pegaga boleh ditanam di dalam kebun getah memandangkan pegaga hidup dikawasan redup dan lembap. Pegaga nyonya merupaka sejenis pegaga yang mudah tumbuh. Harga sekilo gram pegaga nyonya di pasaran sekitar RM 3.

Bagaimana untuk memperoleh pendapatan sampingan dari penanaman pegaga?

Contoh kiraan : Anggaran luas kebun getah: 5 ekar
Anggaran berat bulanan pegaga: 50 kilogram
Hasil jualan pegaga/bulan: RM 150
Hasil jualan pegaga/ tahun: RM 1800

img-20150903-wa0009

ladang-pegaga-hpa

Jika penanaman ulam-ulaman dipelbagaikan, tidak mustahil pendapatan sampingan ini akan menjadi lebih lumayan.

Ulam-ulaman tiada masalah jika ditanam di dalam pasu atau di sekeliling rumah. Kebanyakannya pokok ulam tumbuh liar dan mudah untuk dibiakkan serta boleh hidup walaupun kurang jagaan kerana ia tidak mempunyai banyak musuh perosak seperti sayuran lain. Penduduk bandar yang tidak mempunyai ruang untuk menanam ulam-ulaman boleh mempraktikkan sistem penanaman gantung atau sistem penanaman ‘soiless’ (tanpa tanah).

Penanaman ulam-ulaman sedikit sebanyak membantu melonggarkan jerutan ekonomi yang semakin memburuk kini. Ianya juga merupakan inisiatif bagi mendidik isi rumah untuk mengamalkan pemakanan sihat.

saliha nasrul
Latest posts by saliha nasrul (see all)
This entry was posted in Herba, Ulam - ulaman and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply