RASA PEDAS HALIA

Sejak zaman dahulu lagi, halia sering dikaitkan sebagai tumbuh-tumbuhan utama di taman herba dan amat dihargai oleh ahli-ahli perubatan tradisional.

Halia juga mempunyai pelbagai kegunaan di dalam masakan malahan perubatan.

Halia memang sedap dimakan sama ada ia muda atau tua.

halia digunakan sebagai ubat tradisional atau salah satu bahan rempah dalam masakan.

Halia memang sedap dimakan sama ada ia muda atau tua.

Seperi cili halia juga mempunyai rasa pedas atau pungent.

Kedua-dua halia muda dan tua mempunyai rasa pedas.

Halia muda lebih berisi dan mengandungi banyak air dengan rasa sedikit pedas.

Manakala halia tua pula lebih berfiber, kering dan lebih pedas.

Daripada mana datangnya rasa pedas ini.

Rasa pedas halia datang daripada bahan biokimia gingerol dan juga shagoal.

Dua bahan biokimia ini memberikan rizom halia rasa pedas.

Halia muda berusia 4 – 6 bulan mempunyai kandungan gingerol yang tinggi.

Manakala halia tua 8 – 9 bulan mempunyai kandungan shagoal yang tinggi berbanding gingerol.

Kedua – dua bahan biokimia ini mempunyai kebaikannya tersendiri.

Antara kebaikan gingerol dan shagoal adalah anti-radang, anti-oksida, anti- cancer dan anti-diabetic.

Tahap kepedasan halia diukur menggunakan unit scoville, seperti cili.

Tahap kepedasan halia kebiasaanya di dalam di dalam lingkungan 60,000 – 160,000 SHU.

Tahap kepedasan halia tua adalah lebih tinggi berbanding halia muda.

Serbuk halia atau halia yang telah diproses menggunakan haba akan menyebabkan bahan biokimia gingerol bertukar kepada shagoal sekaligus meningkatkan tahap kepedasan halia.

Ini kerana tahap kepedasan shagoal adalah lebih tinggi berbanding gingerol.

Tahap kepedasan halia telah lebih tepat diukur dengan kaedah yang menggunakan kromatografi cecair berprestasi tinggi (HPLC).

Jadi bagaimanakan cara kita hendak kurangkan kepedasan halia?

Satu cara yang digunakan adalah dengan merendam halia di dalam air 4 – 6 jam atau semalamam.

P/S: Halia juga mampu Membangkitkan syahwat: Minum teh halia serta campurkan jus halia dengan air panas dan madu selepas makan. Lihat kesannya!!!!

Harress
Latest posts by Harress (see all)

About Harress

Senior Editor myagriDotComDotMy yang serius sewaktu berkebun.
This entry was posted in Halia Fertigasi, Herba and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply