Isu mengenai kebersihan makanan adalah isu penting dan tidak boleh dipandang remeh samada bagi pihak pengguna, penyedia makanan, pengusaha gerai dan juga pihak berkuasa (Majlis Perbandaran, Kementerian Kesihatan atau pihak JAKIM). Ini kerana makanan yang bersih, sihat dan tidak tercemar oleh patogen atau mikrobakteria akan memberikan kesan tubuh badan yang sihat. Pelbagai penyakit seperti cirit birit, batuk, demam atau lebih teruk boleh membawa kepada penyakit kanser sekiranya pengguna makan makanan yang tidak bersih dan tercemar.
Kebersihan premis makanan dan makanan yang disediakan adalah sangat penting kerana kuman, virus, mikrobakteria dan pelbagai patogen mudah membiak dalam persekitaran yang lembap, busuk dan berair. Lalat, langau dan tikus merupakan agen pemindahan bagi kesemua patogen ini dari satu tempat ke satu tempat dan kahirnya ianya akan mencemarkan kualiti dan kebersihan sesuatu premis makanan. Banyak laporan daripada media massa yang dilaporkan kebelakangan ini mengenai keracunan makanan. Terdapat kes dimana anak kanak sekolah dimasukkan ke hospital untuk menjalani rawatan setelah makan makanan di kantin sekolah yang telah tercemar.
Murid sekolah ini mengalami gejala muntah muntah dan cirit birit akibat termakan nugget yang telah rosak dan berair. Ada juga satu kes di negeri di sebelah utara Malaysia dimana beberapa tetamu yang menghadiri jemputan perkhawinan dimasukkan ke Hospital setelah memakan sambal ayam yang dihidangkan kepada tetamu. Sampel sambal ayam tersebut telah diuji di makmal dan akhirnya Pihak Kementerian mengesahkan bahawa sambal ayam tersebut telah rosak dan dicemari dengan bakteria Salmonella. Contoh diatas menunjukkan tentang kesan dan akibat yang akan diterima sekiranya aspek kebersihan tidak dititikberatkan. Sehubungan dengan itu, Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) mewajibkan semua pengendali makanan perlu mendapatkan suntikan vaksin tifoid selaras dengan arahan pihak kerajaan berdasarkan AKTA MAKANAN 1983 ; Peraturan – Peraturan Kebersihan Makanan 2009. Suntikan tersebut boleh didapati di mana-mana klinik Kesihatan Malaysia atau mana mana klinik swasta yang menyediakan perkhidmatan suntikan vaksin tifoid. Tujuan suntikan vaksin tifoid adalah untuk mengelakkan penyakit demam kepialu yang disebabkan oleh bakteria Salmonella Thypii yang akan tersebar melalui makanan dan minuman yang telah tercemar oleh najis. Satu kad suntikan yang telah dicop oleh pengamal perubatan akan dibekalkan dan ianya perlu dipamerkan sebagai bukit pengambilan suntikan tersebut apabila diminta oleh pihak berkuasa. Selain itu, pengusaha juga wajib untuk menghadiri kursus pengendalian makanan sekali seumur hidup.
KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Semua pengendali makanan samada terlibat secara langsung atau tidak perlu menghadiri kursus pengendalian makanan ini. Ianya termasuklah tukang masak (chef), tender makanan mana mana kantin atau gerai makanan, tukang hidang makanan, pembawa lori makanan, operator pengeluaran makanan atau penyelia kilang pemprosessan makanan perlu menghadiri kursus tersebut. Banyak syarikat swasta yang menawarkan kursus ini dan syarikat yang telah disahkan dan diiktiraf oleh pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM). Syarikat yang dilantik akan memberikan taklimat dan penerangan serta maklumat kepada setiap pengusaha makanan dalam penekanan aspek kebersihan dan keselamatan makanan serta etika penghidangan makanan kepada pengguna.
Ianya juga syarat wajib untuk pembaharuan lesen perniagaan dari pihak berkuasa tempatan (PBT) dan syarat utama pembaharuan sijil HALAL dari pihak Jabatan Agama Islam Negeri. Satu salinan sijil pengendalian makanan yang sah perlu dilampirkan bersama sama borang yang dikehendaki di atas. Jika ianya gagal, pengendali makanan akan dikenakan tindakan undang undang. Tindakan undang undang akan diterima oleh semua pengendali makanan jika ingkar dengan arahan ini dimana denda tidak melebihi RM10000.00 atau dipenjarakan tidak lebih 2 tahun.
Yuran yang dikenakan hanya RM 50.00 sahaja. Peserta kursus akan diberikan taklimat mengenai pengenalan, kebersihan makanan, keselamatan makanan dan faktor faktor kritikal keracunan makanan. 4 modul taklimat ini mengambil masa setengah hari atau 3 atau 4 jam sahaja dan modul ini telah dipantau dan disahkan oleh Pihak Kementerian Kesihatan Malaysia (KKM) lalu disampaikan oleh penceramah yang bertauliah.
MANFAAT DIPEROLEHI DARIPADA KURSUS PENGENDALIAN MAKANAN
Semua peserta kursus akan diberikan taklimat dan didedahkan mengenai:
i. Tatacara mencuci dan membersihkan peralatan atau utensil yang digunakan untuk menyediakan makanan
ii. Cara-cara mengendalikan sisa sampah sarap (dilupuskan dengan cara yang betul dan tepat agar bau busuk tidak mencemarkan alam, bungkusan tidak dikorek oleh binatang liar dan sebagainya)
iii. Faktor-faktor dan punca terjadinya keracunan makanan, pencemaran makanan oleh mikrooranisma dan bakteria
iv. Kepentingan menjaga kebersihatan diri dan amalan yang perlu dilakukan ketika mengendalikan makanan.
v. Cara penyimpanan makanan agar ianya tahan lama dan tidak tercemar dengan unsur unsur yang boleh membawa kepada kerosakan makanan dan minuman tersebut.
vi. Penerangan mengenai kesan dan akibat dari segi perundangan kepada mana mana pengendali makanan yang gagal mematuhi kebersihan dan keselamatan makanan yang disediakan.
- Salam Ramadan 1443H / 2022 - April 3, 2022
- Kepentingan Batas Tanaman - January 24, 2022
- Skim Pelaburan untuk Usahawatani - January 16, 2022