BAGAIMANA MENGHADAPI REALITI PROJEK AGRO GAGAL?

Kebiasaanya, usahawan tani di Malaysia sukar untuk mengakui bahawa projek pertanian mereka khususnya projek fertigasi telah gagal.

Bahkan ada sesetengahnya, tidak sedar bahawa projek pertanian mereka gagal atau pun tidak mencapai hasil minima tanaman.

Apabila projek agro menghadapi masalah atau kegagalan jangan berputus asa, cuba ikuti lima langkah ini:

1. Ambil masa berehat

Ambil masa untuk berehat dan bertenang. Keluar daripada segala aktiviti kebun atau ladang. Fokus segala tumpu pada keluarga atau aktiviti lain selain projek agro. Jangan pula timbul minat untuk beralih projek agro yang lain. Cuba fokus kepada aktiviti selain perniagaan agro.

2. Belajar ilmu baru

Selepas anda bertenang dan telah menerima kenyataan bahawa projek agro anda telah gagal, baru anda dapat beralih daripada kekecewaan dan bersedia untuk langkah seterusnya. Langkah seterusnya, dapatkan ilmu yang betul. Pergi kursus dan latihan. Labur pada diri anda untuk masa depan anda juga. Sesetengah pengusaha kedekut untuk membuat pelaburan ilmu untuk diri sendiri. Belajar juga ilmu baru yang tidak berkaitan dengan projek agro anda. Seolah – olah anda bagai mencari ruang dan peluang baru.

3. Banyakkan sedekah dan Bayar zakat

Bagi yang beragama Islam banyak bersedekah dan membayar zakat. Ini kerana pada rezeki kita ada bahagian orang lain. Perbaiki amalan kita. Bersedekah dapat membuka pintu rezeki.

4. Post-mortem punca kegagalan

Lihat dan kaji kembali punca kegagalan. Kenal pasti punca kegagalan anda. Senaraikan punca – punca kegagalan dan tulis langkah yang boleh anda ambik untuk pemperbaiki kegagalan. Selepas kenali punca kegagalan dan tindakan yang perlu diambi, anda telah bersedia untuk memulakan kembali projek agro anda.

5. Bangkit semula

Terima kegagalan dan berhenti menyalahkan orang lain dan anda telah bersedia untuk bermula kembali! Jangan ulangi kesilapan untuk kali kedua. Mulakan projek kembali dengan kos yang minima. Buat inventori ladang kembali untuk mengetahui kos baru yang perlu dikeluarkan.

Selamat berjuang kembali dalam bidang agro!

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cerita kegagalan, Fertigasi and tagged , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply