AYAM BELANDA

    Ayam Belanda (Meleagris Gallopavo) atau dikenali juga sebagai Ayam Piru merupakan salah satu pilihan pengusaha yang menjanjikan keuntungan. Samada sedar atau tidak, rakyat negara ini lebih gemar menikmati ayam daging dan sesekali sahaja kita makan ayam kampong. Pendek kata, ayam Belanda ini kadangkala tidak masuk langsung dalam kamus hidup masyarakat negara ini. Bagaimanapun, usaha menternak ayam belanda dilihat semakin meningkat walaupun ia bukan satu perkara mudah. Ini kerana penternakan ayam memerlukan penjagaan rapi termasuk dari segi pemakanan dan pengawasan di persekitaran kehidupannya.

    Ayam belanda dikenali haiwan yang kuat makan dan makanan utamanya ialah bijirin dan dedak selain daripada makanan semula jadi iaitu rumput dan tumbuhan hijau. Penternak juga menggunakan sisa beras bagi memastikan tumbesaran haiwan ini berada pada tahap yang baik.

    Ayam belanda juga bertelur seperti ayam yang lain. Akan tetapi, penternak biasanya akan menggunakan teknologi moden supaya produktiviti ternakan mereka tidak terjejas. Justeru, proses penetasan dalam inkubator di lakukan dan sesetengahnya diimport dari negara barat.

    Apa yang membanggakan, permintaan terhadap bekalan ayam ini meningkat dari semasa ke semasa terutama pada musim perayaan dan kini ia dilihat sebagai salah satu peluang perniagaan yang perlu diceburi. Ini kerana, harga ayam belanda di pasaran tempatan sebenarnya cukup tinggi dan jika kena cara atau pendekatan pemasarannya, setiap penternak boleh mendapat pendapatan cukup lumayan.

    Pengurusan Ayam Belanda
    Untuk mengurus ternakan ayam belanda, ada beberapa hal yang harus diberi perhatian. Cara mengurus ayam ini disesuaikan dengan umurnya.

    Untuk ayam berumur kurang dari 2 minggu:
    Ayam harus dijaga dalam kotak brooder atau kotak khusus yang didalamnya dipasang pemanas. Suhu kandang harus dikawal sedemikian rupa agar sesuai untuk ayam, tidak boleh terlalu panas atau terlalu sejuk. Penggunaan thermostat untuk menjaga suhu kandang adalah digalakkan. Untuk pemberian makanan, ayam usia ini diberikan starter crumble. Berikan air secukupnya. Pastikan penjaringan nyamuk dipasang pada kandang brooder. Jaring ini digunakan untuk menghindari kemungkinan terjangkitnya penyakit selsema dan juga penyakit yang lainnya.


    Penggunaan thermostat di dalam brooder

    Anak ayam yang berumur 2- 4 minggu:
    Lampu sudah tidak diperlukan di kandang. Ayam dipindahkan dari brooder ke kandang ayam biasa. Gunakan EM untuk disemburkan pada kotoran untuk menghindari pembiakan amonia dan lalat. Untuk makanannya menggunakan dedak halus yang dicampur dengan jagung halus.

    Lebih dari satu bulan:
    Ternakan ayam Belanda dipindahkan ke tanah. Proses ini dilakukan secara perlahan-lahan bagi mengelakkan ayam terkejut dengan keadaan sekeliling. Untuk makanannya dedak kasar diberikan. Ayam belanda pada masa ini memerlukan makanan yang lebih berzat untuk membentuk daging dan menjamin kesihatannya. Selain dedak, rumput napier juga boleh diberikan kepada ayam. Rumput ini bertujuan agar ayam Belanda lebih gemuk dan sihat. Makanan yang berminyak adalah tidak digalakkan sama sekali.

    ysuhaimi
    Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Ternakan and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply