KACANG TANAH


Kacang Tanah (Arachis hypogea) merupakan salah satu tanaman kontan yang semakin kurang popular yang ditanam di Malaysia. Hampir sebahagian besar tanaman di Malaysia ditanam hanya untuk kegunaan segar sahaja iaitu dibuat kacang rebus dan sebahagian kecil diproses menjadi kacang goreng. Kacang tanah mengandungi banyak nutrient seperti niacin, folate, serat, magnesium dan vitamin E. Niacin yang dihasilkan baik bagi kesihatan otak dan perjalanan darah sekaligus merupakan unsur antioksidan.

Bentuk muka bumi yang rata dan sedikit bercerun merupakan keperluan kacang tanah. Tanah jenis berpasir adalah sesuai bagi penanaman kacang tanah. sistem pengairan yang baik adalah unsur utama bagi tanaman kacang tanah. Hal ini kerana sekiranya berlaku takungan air tanaman ini akan rosak.

Pokok kacang tanah di ladang

Kedalam tanah perlu melebihi 50cm dengan tekstur tanah yang longgar dan pH tanah yang sesuai adalah 5.5-7.0. Penanaman kacang tanah menggunakan biji benih berkualiti haruslah diamalkan. MARDI telah mengenal pasti satu varieti baru kacang tanah yang diberi nama Margenta. Varieti ini telah bangunkan melalui penilaian setempat dan telah terbukti mempunyai potensi hasil yang tinggi di tanah bris dan sesuai dijadikan salah satu tanaman singkat masa yang dapat ditanam secara giliran dengan jagung manis dan keledek.

Jarak tanaman yang sesuai adalah 50cm x 10 cm dimana sebaiknya dibubuh sebiji satu lubang. Pembajaan perlu dilakukan mengikut jadual dimana kadar yang biasa adalah menggunakan baja NPK dengan kadar 34:56:56 kg/ha bergantung pada kesuburan tanah.
Kacang tanah memerlukan tinggi unsur kalsium terutama pada peringkat pembentukan lengai dimana sekiranya berlaku kekurangan unsur ini akan menyebabkan lengai tidak berisi. Sumber ini boleh didapati dari baja kapur dimana ia disyorkan untuk tabur semasa peringkat mula berbunga.

Tuaian hasil tanaman bagi kacang tanah boleh dilakukan di antara 90-110 hari selepas ditanam bergantung kepada varieti yang digunakan.

Kongsikan!
This entry was posted in Kacang Tanah and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply