KAEDAH PENANAMAN DAN PENGURUSAN KOPI


Penyediaan kawasan untuk tanaman kopi sama seperti untuk menyediakan tanaman kekal yang lain. Kawasan ladang yang hendak ditanam dengan tanaman kopi hendaklah dibersihkan dahulu daripada semak samun dan pastikan mempunyai saliran yang baik bagi kawasan tanah rendah. Pokok kopi tidak tahan jika akarnya tenggalam akibat paras air naik semasa musim hujan.

Keperluan pokok pelindung untuk tanaman kopi adalah diperlukan mengikut peringkat pertumbuhan atau kaedah penanaman. Ada kopi yang sesuai ditanam sebagai tanaman tunggal (monokrop) dan ada yang ditanam sebagai tanaman selingan (intercropped). Artikel kali ini saya akan kongsikan kaedah penanaman kopi Robusta dan Liberica yang biasanya ditanam di negara kita.

Robusta
• Memerlukan pokok naungan dari jenis Gliricidia sp., Leucaniea sp. atau Erythrina sp.
• Ditanam dengan jarak pada 6m x 6m, iaitu satu pokok naungan bagi setiap empat pokok kopi. Jarak ini dikira sesuai bagi keperluan cahaya matahari untuk penanaman komersil.
• Jarak tanaman yang lebih rapat adalah disyorkan iaitu pada jarak 2.5m x 2.75m

Liberica
• Tidak memerlukan pokok lindungan
• Penanaman kopi dibawah kelapa dan dusun buah-buahan juga mempunyai sistem yang disesuaikan dengan jarak tanaman
• Kawasan kelapa yang ditanam dengan kelapa pandan atau kelapa matag sedia ada juga boleh ditanam dengan kopi sebagai tanaman selingan.

Pembiakkan pokok kopi
1. Biji Benih
• Dipilih daripada buah kopi yang cukup masak daripada pokok yang mengeluarkan hasil buah kopi yang tinggi.
• Biji benih mula bercambah 4 – 7 minggu selepas disemai dan lebih kurang 80% percambahan akan diperolehi selepas 8 – 10 minggu.
• Diubah ke ladang selepas 4 – 6 bulan

2. Pembiakan tampang (vegetative)
1. Cara keratan
• Sesuai untuk kopi jenis Robusta tetapi kurang sesuai untuk jenis Liberica.
• Tunas muda yang batangnya hijau kecoklatan dipotong dan diletakkan dalam tapak semaian berpasir lembap untuk ianya mengeluarkan akar dan tunas.
2. Cara Cantuman
• Cara cantuman adalah terbaik ketika ini kerana anak benih kopi yang ditanam dalam polibeg boleh dicantum selepas berumur 6- 8 bulan
• Lebih cepat mengeluarkan hasil
• Cantuman boleh dibuat dengan menggunakan baka varieti (klon) yang mengeluarkan hasil biji kopi yang tinggi dan bermutu
• Cantuman pokok kopi dibuat secara cantuman baji menggunakan bahan tunas air daripada pokok baka yang terpilih

Pembajaan
Tahun pertama
• 150 gram NPK Hijau 15:15:15 sepokok/ setahun diberikan dengan 6 kali aplikasi
• 100 gram baja kapur GML pula diberikan sepokok dengan 2 kali aplikasi

Tahun kedua
• Kadar NPK hijau dinaikkan kepada 300 gram sepokok /setahun dengan 6 kali aplikasi
• 200 gram baja kapur GML sepokok/setahun dengan 2 kali aplikasi

Tahun ketiga dan seterusnya
• 450 gram Npk Biru 12:12:17:2 perlu diberikan sepokok/setahun juga dalam 6 kali aplikasi
• 300 gram Baja kapur GML sepokok/setahun dalam 2 kali aplikasi.

Kawalan rumpai
• Kawalan secara manual dengan mencabut atau menggunakan cangkul pada peringkat awal penanaman
• Bagi kawasan tanaman kopi dewasa racun rumpai seperti glufosinate-ammonium(Basta) atau Glyphosate(Round up) boleh digunakan di sekeliling pokok

Cantasan pokok
• Di peringkat ladang pokok kopi dipangkas pada ketinggian 180 cm iaitu selepas 4 – 6 bulan
• Cantasan pembentukkan amat penting dijalankan mengikut umur pokok
• Cantasan perlulah mengikut jadual bagi memudahkan penjagaan tanaman, mengutip buah kopi dan lain-lain kerja amalan agronomi dikebun

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Kopi and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply