Proses respirasi berlaku terhadap benda hidup begitu juga dengan hasil pertanian terutamanya pada tanaman buah-buahan. Respirasi bukan hanya berlaku saat buahnya masih dipokok, ianya terus berlaku setelah dipetik. Respirasi merupakan proses biokimia yang berlaku pada hasil tanaman selepas tuai. Selain respirasi, proses lain yang berlaku pada perkembangan buah adalah dengan hadirnya gas etilene(C2H4). Etilene adalah hormon yang menstimulasikan pemasakan(ripening) buah. Jadi dengan itulah terhasilnya dua kategori buah iaitu klimaterik dan non-klimaterik. Perkongsian kali ini akan saya fokuskan terlebih dahulu mengenai buah klimaterik.
Disebut klimateriks apabila jumlah karbon dioksida(CO2) iaitu kadar respirasi yang dihasilakn semasa fasa pertumbuhan buah menurun kemudian pada fasa layu(senescene) kadar CO2 kembali meningkat kemudian akan menuran semula. Hormon etilene yang dihasilkan akan meningkat pasa fasa pemasakan(ripening) buah dan akan berkurang ketika fasa layu (senescene).
Antara contoh buah-buahan yang tergolong dalam kategori ini adalah:
• Tomato
• Betik
• Pisang
• Nangka
• Mangga
• Nanas
Contoh skala ranuman buah pisang
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020