TERNAKAN BURUNG PUYUH


Burung Puyuh(Cortunix japonica)ini merupakan satu jenis burung yang menghasilkan daging puyuh dan telur puyuh. Burung ini merupakan satu industri yang berpotensi untuk diceburi oleh mereka yang berminat dalam projek ternakan.
Burung puyuh merupakan ternakan yang mudah dipelihara dan menguntungkan. Hal ini kerana :

• Tidak memerlukan modal permulaan yang besar
• Boleh dipelihara dikawasan rumah
• Kuantiti yang diperlukan sedikit
• Tidak mempunyai masalah yang serius
• Daging puyuh dan telur mengandungi zat yang tinggi
• berupaya mengeluarkan 3-4 generasi setahun

Pemilihan kawasan:-
• Keluasan tanah
• Saliran yang sempurna. Tidak mudah banjir
• Jauh dari kawasan perumahan/perindustrian
• Jauh dari kawasan penternakan lain
• Mempunyai kemudahan jalanraya, bekalan letrik dan air
• Berdekatan dengan pengguna/mempunyai pasaran

Burung puyuh yang asal usulnya terdapat dikawasan hutan,ladang pertanian,sawah kering atau semak belukar mempunyai sifat yang pemalu,liar,pantas dan mudah terkejut. Terdapat dua jenis quail iaitu:
• Burung puyuh pedaging
• Burung puyuh penelur

Antara spesies yang terkenal didunia adalah:
• American Bobwhite ,California quail,Common Quail, Rail Quail, Chinese Painted Quail

Keperluan Reban dan Peralatan

Reban
Sebuah reban diperlukan untuk melindungi burung puyuh samada semasa anak,membesar dan bertelur dari musuh,cuaca buruk dan kawalan penyakit. Reban tersebut dibuat mengikut bilangan burung puyuh yang hendak dipelihara dan mempunyai segala kemudahan yg diperlukan.

Ukuran reban : 12 ka x 10ka – boleh memuatkan 500 ekor
Bahan diperlukankan : Bumbung – nipah,atapnipah,asbestos
Dinding – dawai mata punai,dawai brc
Konkrit- 1/3 papan 2/3 dawai
Lantai – tanah atau simen
* reban perlu berada dikawasan yg sunyi
* mendapat perlindungan angin kencang dan sedikit perlindungan matahari
* mempunyai kawasan yg kering dan sentiasa bersih

Sistem reban bertingkat

Alat perindukan dan bentuk
a) Sangkar Perindukan bertingkat
• 4 ka (P)x 2ka(L)x10 in(T) muat 200-250 ekor
b) Kotak Perindukan Berkaki Empat
• 4 ka (P)x 3ka(L)x12 in(T) muat 200-250 ekor

Baka

Pemakanan
Jenis makanan yang boleh digunakan ialah:-
• Quail Starter Mash serta Quail Finisher Pellet
• Broiler Starter Mash atau Broiler Starter Crumblers atau Broiler Finisher
Pellet

Cara Pemberian
Cara Pertama
• 1 hari – 14 hari : Quail starter Mash
• 15 hari hingga jual : Quail Finisher Pellet
Cara Kedua
• 1 hari hingga jual : Broiler Starter Mash/Crumbles
• Quail Starter Mash
Cara Ketiga
• 1 hari hingga 21 hari: Broiler Starter Mash
• 22 hari hingga jual: Broiler Finisher Pellet

Perindukan
Pastikan anak puyuh diberi keperluan seperti berikut:-
• Pada minggu pertama suhu 350C dan minggu 2 suhu 320C atau lihat taburan anak puyuh
• Pasangkan bidai padaa waktu siang dan malam sehingga umur 1 minggu. Minggu 2 pada waktu malam atau hujan sahaja
• Sediakan lampu pada masa perindukan dan waktu malam
• Bekas makanan/minuman mencukupi dan pastikan makanan/air sentiasa ada
• Selalu ganti alas lantai yang basah atau kotor
• Buang alas lantai apabila kaki anak puyuh tidak bolos dilantai perindukan (jika lantai atas)
• Pindahkan anak puyuh ke sangkar membesar pada umur 2 minggu (jika menggunakan kotak perindukan)
• Besarkan pembentung pada minggu 2 supaya kawasan anak puyuh tidak sempit

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Burung Puyuh and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply