CARA PEMPROSESAN TEMPE

Cara Pemprosesan Tempe

Tempe adalah makanan yang boleh dimasak pelbagai cara mengikut citarasa masing-masing. Kebiasaannya, tempe dimasak sebagai sambal goreng tempe dan dimakan bersama nasi panas. Tempe juga biasa dimakan bersama nasi ambeng oleh masyarakat Johor. Bahkan di Malaysia, tempe popular di Johor dan kebanyakannya produk tempe datang dari negeri selatan tanah air tersebut.

Apa itu tempe?

Tempe adalah makanan yang dibuat dari kacang soya yang difermentasikan. Fermentasi tempe adalah dengan menggunakan ragi tempe. Ragi tempe tersebut boleh didapati di kedai-kedai penghasilan tempe.

Pemprosesan Tempe

Artikel kali ini saya akan menceritakan cara pemprosesan tempe secara ringkas. Saya juga akan menyenaraikan bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan tempe. Jadi anda boleh menyalin senarai barang-barang yang perlu dibeli untuk membuat tempe dan segera ke pasar raya berdekatan untuk membeli barang-barang tersebut.

Berikut merupakan bahan-bahan keperluan untuk menghasilkan tempe;

1. Kacang soya (sebaiknya dibuang kulitnya terus)

2. Ragi tempe

3. Pembungkus tempe terbahagi kepada dua;
a) daun pisang

b) surat khabar


Apabila semua bahan-bahan yang diperlukan untuk menghasilkan tempe sudah lengkap, maka anda telah bersedia untuk menghasilkan tempe. Perlu di ingatkan pemprosesan tempe ini perlu dilakukan dalam persekitaran yang bersih samaada untuk dimakan secara persendirian mahupun tujuan komersial.

Langkah-langkah Penghasilan Tempe

Apa tunggu lagi, jom ikuti langkah-langkah membuat tempe ini supaya tengah hari nanti anda boleh makan tempe bersama nasi panas.

1. Membersih

Proses yang pertama dan wajib dilakukan ialah membersihkan kacang soya. Pastikan sebarang kotoran mahupun benda asing seperti kacang dal dibuang. Sebaiknya anda basuh kacang soya ini sebanyak 3 kali. Hal ini kerana jika tempe yang digunakan adalah bersih dan tidak bercampur dengan benda asing akan menghasilkan tempe yang berkualiti. Jika terdapat kotoran, ia akan mempengaruhi kualiti tempe yang dihasilkan. Pilihan di tangan anda

2. Merendam

Seterusnya rendam kacang soya di dalam baldi ataupun besen. Rendam hingga dua              malam dan biarkan ia mengembang. Ramas kacang soya tersebut supaya senang                  kulitnya tertanggal.

  1. Membasuh

Basuh kacang direndam sekali lagi sehingga bersih. Buang kulit kacang soya yang                  tertanggal. Pastikan kacang soya bersih dari kulit dan benda asing.

  1. Merebus

Terdapat dua pilihan. Jika anda merebus di atas dapur kayu, anda perlu                                  membiarkannya selama 2 jam.

Namun, jika anda menggunakan dapur gas, anda hanya merebus hanya selama 45                minit hingga 1 jam sahaja.

Zaman yang moden ini saya percaya majoriti menggunakan dapur gas. Jadi lebih                  singkat masa yang diperlukan untuk merebus kacang soya, lagi cepat anda dapat                  menikmati tempe tersebut.

5. Pengeringan

Setelah selesai direbus, kacang soya tersebut sedia untuk dikeringkan. Cara mudah, anda hamparkan sehelai kain yang bersih di permukaan yang rata. Toskan kacang soya anda dahulu kemudian tuang kacang soya ke atas kain yang bersih tadi dan ratakan. Anda boleh menggunakan kipas angin jika mahu mempercepatkan lagi proses pengeringan. Balik-balikkan kcang soya supaya ia cepat kering.

Setelah ianya kering, letakkan kacang soya ke dalam dulang yang di alas dengan kertas        minyak.

  1. Gaul

Taburkan ragi tempe sebanyak 1 sudu besar ke atas kacang soya. Gaulkan sehingga              rata pada semua kacang soya yang ada.

  1. Pembungkusan

Kacang soya sedia untuk dibungkuskan mengikut sukatan yang dimahukan. Untuk              lapisan pertama, balut dengan daun pisang dan seterusnya balut ia dengan surat khabar.

Ini merupakan rupa tempe yang siap dibungkus

  1. Biarkan pada suhu bilik

Tempe yang telah dibungkus dibiarkan ditempat yang kering pada suhu bilik selama
48 jam. Dalam masa 48 jam tersebut, sejenis kulat putih akan tumbuh.

Pastinya hidangan kali ini lebih enak kerana tempe tersebut dihasilkan oleh anda sendiri. Selamat membuat tempe!

 

Kongsikan!
This entry was posted in TEMPE and tagged , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply