Di Semenanjung Malaysia, destinasi pelancongan tanah tinggi yang terkenal ialah Cameron Highland mahupun Genting Higlands. Namun, jika anda ke Sarawak, saya senang menyarankan anda untuk meneroka tanah tinggi yang terletak di Bario.
Siapa sangka, di sebalik gunung-gunung dan hutan yang tebal, wujudnya sebuah perkampungan yang cukup istimewa.
Dalam bahasa Kelabit, bario bermaksud ‘angin’. Sesuai dengan maksud nama, kedudukannya terletak kira-kira 1000 m dari paras laut, menjadikan ia destinasi yang diselubungi angin yang mendinginkan dan juga menyegarkan.
Jika anda melancong ke Bario, jangan lepaskan peluang untuk mencuba beras Bario yang wangi dan enak. Keunikan beras Bario telah diakui oleh masyarakat setempat disamping kualiti dan keenakannya. Mengikut Sarawak Tourism Board, beras Bario telah lama dikenali sebagai beras terbaik di dunia.
Beras Bario adalah semulajadi wangi, ia tidak melalui proses yang memerlukan bahan kimia tambahan untuk menjadikannya wangi.
Difahamkan, Bario merupakan satu-satunya kawasan penanaman padi sawah pada ketinggian 1,000 m dari aras laut dan mempunyai purata suhu 20 darjah celcius.
Penduduk masih mempraktiskan kaedah membajak sawah secara tradisi iaitu menggunakan kerbau.
Ia sememangnya ditanam dan diusahakan secara organik di Bario, kawasan terpencil di Sarawak yang bebas dari pencemaran.
Jenis Beras
Terdapat 2 jenis beras yang dihasilkan oleh masyarakat di Bario
- Beras putih
- Beras perang
Tidak seperti beras lain hasil keluaran di Malaysia, beras Bario cukup istimewa. Sumber air yang mengairi sawah padi tersebut datang dari sumber semulajadi iaitu sumber air mata gunung. Pengairan ke sawah padi tersebut membabitkan 3 anak sungai iaitu;
- Sungai Arul Dalam
- Sungai Arul Laab
- Sungai Paramapoh
Harga Pasaran
Beras Bario dijual pada harga RM25 ke Rm30 segantang/3.5kg, bahkan boleh menjadi mahal lagi. Ia mempunyai ciri-ciri seperti tekstur yang lembut, biji beras yang halus, aroma lembut dan rasa yang enak.
Khasiat
Beberapa khasiat yang diperkatakan namun masih belum dibuktikan secara saintifik. Antaranya;
- Dapat mempercepatkan pencernaan
- Kandungan karbohidrat yang lebih rendah
- Merendahkan kandungan gula dalam darah
- Dapat mempercepatkan pemulihan ibu bersalin
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020