TAUHU


Tauhu merupakan satu produk yang dihasilkan daripada kacang soya dan sangat popular sebagai makanan yang berkhasiat di Malaysia dan Indonesia. Ada yang panggil ia sebagai ‘Tahu’ sahaja dimana makanan ini merupakan bahan asas penting untuk dijadikan makanan seperti Tahu Goreng, Tahu Bakar, Rojak Tahu, Sayur Tumis, Tahu Sumbat dan banyak lagi. Tahu merupakan sejenis makanan yang berasal daripada negar China seperti juga Kicap (Soy souce) dimana kini ia merupakan satu bahan makanan sangat digemari oleh pelbagai bangsa di Malaysia. Memandangkan ramai rakyat di Malaysia sukakan tauhu, jadi saya kongsikan cara membuat tauhu.

CARA-CARA MEMBUAT TAHU:-

1. Dapatkan biji benih kacang soya segar dan asingkan biji kacang soya yang rosak dengan cara asingkan melalui menampi. Sebaiknya semasa membeli kacang soya, penting untuk mendapatkan biji kacang soya bersaiz besar dan masih segar lagi.

2. Kacang soya tersebut perlu dicuci atau dibasuh dengan air bersih dimana ia kemudian akan direndam dalam air bersih selama enam jam. Pastikan tempat dan bekas untuk merendam biji kacang soya adalah bersih dan selamat dari gangguan haiwan.

3. Keluarkan kacang soya yang telah direndam kemudian biji kacang soya tersebut kemudian dicuci lagi selama setengah jam. Pastikan menggunakan air bersih atau air mengalir ketika mencuci biji kacang soya.

4. Kacang soya yang telah direndam adalah lembut dan ia kemudian perlu dipecahkan sehingga pecah dua dengan menggunakan MESIN PEMECAH KACANG SOYA. Bersihkan mesin tersebut dengan air bersih sebelum memulakan proses pengisaran.

5.Kemudian biji kacang soya dikisar atau pun digiling sampai halus dengan menggunakan Mesin Pengisar Kacang Soya (Grinder).Proses mengisar ini perlu dijalankan dengan teliti dimana ada dua produk yang akan keluar iaitu bahagian hampas kacang soya dan juga bahagian susu kacang soya yang keluar dari tempat berasingan. Pastikan susu kacang soya masuk dalam bekas khas dalam keadaan bersih.

6. Susu putih kacang soya kemudian perlu dimasak atau direbus sampai mendidih . Kawal api ketika memasak kerana ini akan mengelakkan susu soya daripada menjadi kerak dibahagian bawah susu kacang soya.

7. Susu kacang soya yang telah dimasak kemudian perlu dipindahkan dari kuali tempat masak kepada penapis atau tong untuk disaring dengan kain penapis atau kain kasa kasar yang telah diletakkan pada tong atau bekas khas. Lakukan proses penapisan beberapa kali sehingga semua intipati soya dapat diasingkan dengan bahagian hampas. Proses menapis ini perlu dijalankan sehingga pati dan kandungan susu telah dikeluarkan dan hanya tinggal hampas sahaja.

8. Air susu soya yang ditapis dan dikumpulkan dalam tong kemudian dicampur dengan bahan khas seperti cuka agar ia akan menggumpal. Selain cuka khas terdapat juga mereka yang menambahkan air kelapa atau cairan whey (air dari tahu bila tahu telah menggumpal) yang telah diperam atau Sulfat kapur.

9. Kemudian air tahu pekat tadi dipisahkan dari gumpalan atau kepalan putih dan disimpan sebab masih boleh digunakan lagi. Gumpalan atau kepalan tahu yang mulai mengendap dituangkan dalam cetakan tahu dari kayu. Tutup dan pisahkan dengan lapisan kain lembut berwarna putih. Adunan tahu dalam kotak kayu perlu ditindih selama satu minit sehingga air yang masih tercampur dalam adunan tahu itu terperah semua.

Adunan tahu berbentuk kotak yang sudah padat ia bolehlah dikeluarkan sama ada dipisahkan atau pun dipotong-potong menjadi bentuk kiub. Ukuran tahu bergantung kepada keperluan pasaran sama ada ia bersaiz kecil atau besar. Lazimnya saiz yang sering dibuat adalah berukuran 6cm x 4 cm. Tahu yang telah dicetak perlu disusun dalam bekas khas agar mudah untuk pengangkutan dan tidak pecah. Tahu tersbut perlu dihantar kepasar untuk dijual kerana ia tidak tahan lama jika terdedah atau terbuka kepada udara walau pun ada yang menyimpannya didalam air.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in TAUHU and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply