Biosekuriti bermaksud langkah yang diambil bagi mencegah kemasukan penyakit ke dalam ladang serta mengawal penyakit daripada merebak di antara kawasan di dalam ladang. Objektif biosekuriti ladang adalah untuk memastikan kemudahan bio-sekuriti bagi mencegah kemasukan jangkitan Salmonella ke dalam ladang unggas.
Di antara kemudahan yang perlu disediakan dan langkah yang perlu diambil adalah :
1) Keseluruhan kawasan ladang hendaklah dipagar dengan chain-link setinggi pagar 5 hingga 6 kaki.
2) Pastikan pintu pagar sentiasa ditutup rapat. Hanya gunakan satu pintu masuk ke dalam ladang sahaja yang mesti digunakan. Jika ada pintu melebihi dari satu, yang lain-lain hendaklah ditutup sepanjang masa.
3) Setiap pintu mesti dilengkapi dengan pencelup tayar kenderaan bertutup.
4) Kawasan pengeluaran dipagar berasingan.
5) Sediakan pencelup kaki berisi ubat pembasmi kuman di setiap pintu reban.
6) Pelawat tidak berkaitan tidak digalakkan masuk dan berada di dalam kawasan pengeluaran.
- Mulakan Projek Pertanian Musim Covid - May 27, 2021
- Apakah itu Baja Fertigasi? - January 14, 2021
- SOP Tanaman Integrasi Fertigasi - September 29, 2020