ITIK SERATI

itik serati

Itik serati juga dikenali sebagai itik nila atau itik Muscovy. Ciri-ciri ketara pada haiwan ini ialah bulunya berwarna putih dan terdapat sedikit tompokan hitam. Terdapat bonggol merah yang mengelilingi mata dan paruh.

Baka itik serati yang berwarna putih pada keseluruhan badan merupakan jenis yang di import berkualiti tinggi khusus untuk pengeluaran daging secara komersil.

Ia biasanya dipelihara oleh orang kampung untuk menghasilkan telur dan daging.

Ia berkeupayaan untuk membiak dengan bertelur 20 hingga 30 biji sepusingan dan mengeram serta membesarkan anaknya sendiri dengan baik.

Sifatnya yang lasak dan ketahanannya terhadap penyakit menjadikan itik serati sebagai ternakan pilihan oleh penternak di kawasan kampung.

Berat purata itik serati betina boleh mencecah 3 kg manakala jantan pula sekitar 4 kg.

Ia mempunyai daging lebih 50% dibandingkan dengan itik domestik yang lain dan daging tersebut juga mengandungi kandungan lemak yang sangat rendah jika dibandingkan dengan spesis itik yang lain.

mascovy duck

Daging itik serati agak kemerahan berbeza dengan daging ayam.

daging itik serati

Daging Itik Serati

daging ayam

Daging Ayam

Ini menjadikan daging itik serati sangat berkualiti dan tidak berminyak sekiranya digoreng.

Pengurusan itik serati terbahagi kepada 3 peringkat iaitu;

  1. Peringkat perindukan (sehari hingga 2 minggu)
  2. Peringkat umur (3 hingga 4 minggu)
  3. Peringkat membesar (5 hingga 13 minggu)

Peringkat perindukan (Umur sehari hingga 2 minggu)

Pada hari pertama sampai, muncung anak itik dicelupkan ke dalam air sebelum dimasukkan ke dalam kepungan palong.

Setelah berada dalam palong antara tiga hingga lima jam, anak itik diberikan minuman yang dicampurkan dengan anti stress yang ditambah dengan vitamin.

Setelah itik minum dan bergerak cergas barulah diberi makanan peringkat awal.

Bekas minuman sebaiknya dilapik dengan dulang dan diletak berselang-seli dengan bekas makanan keliling dalam kepungan palong.

Suhu dalam reban ialah 35oC diperlukan bagi minggu yang pertama dan ia perlu dikurangkan setiap hari sehingga mencapai suhu 27 hingga 30oC.

Bidai/canvas dipasang disekeliling bagi melindungi anak itik dari kesejukkan dan juga untuk mengawal suhu didalam kepungan palong.

Pada usia satu hingga dua minggu, anak-anak itik akan ditimbang berat bagi tujuan pemantauan tumbesaran dan menentukan jumlah makanan yang diperlukan.

Biarkan selama dua minggu.

Peringkat umur (Umur 3 hingga 4 minggu)

Semasa anak itik berusia awal 3 minggu, muncung anak itik akan dipotong mahupun dikikis bagi mengelakkan mereka memagut antara satu sama lain.

Bidai/canvas di gulung sepenuhnya kecuali hari hujan lebat.

Kepungan dan alat pemanas dikeluarkan.

Bekas makanan ditukar kepada bekas panjang.

Makanan peringkat pembesar berbentuk pelet mula dicampurkan berperingkat dan seterusnya penggunaan sepenuhnya.

Peringkat membesar (5 hingga 13 minggu)

Makanan dan minuman perlulah sentiasa mencukupi kerana itik mula membesar dengan cepat justeru pengambilan makanan semakin meningkat.

Makanan tambahan seperti hampas soya, kulit roti, kelapa kering dan sayur-sayuran boleh diberikan sebagai makanan tambahan bagi menjimatkan kos makanan ternakan.

Pada waktu siang dan cuaca panas, pintu reban hendaklah dibuka bagi membolehkan itik keluar ke ruang legar.
lopak air

Sebaiknya, sediakan kolam mahupun lopak air untuk itik berenang bagi menyejukkan badan dan mengurangkan stress.

Elakkan itik dari gangguan pengurusan mahupun gangguan iklim sehingga ia dipasarkan.

Pengurusan yang baik akan menghasilkan tumbesaran itik yang baik.

Semasa itik berusia antara 14 hingga 16 minggu, ternakan yang sesuai akan diasingkan ke ladang transit bagi memudahkan ia ditangkap sebelum dikumpulkan ke dalam bakul untuk tujuan pasaran.

Jika anda berminat untuk membaca artikel berkenaan itik penelur pula, klik artikel ini http://myagri.com.my/2017/08/projek-ternakan-itik-telur/

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Itik Serati and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply