JENIS- JENIS SISTEM PENTERNAKAN AYAM KAMPUNG

Terdapat tiga jenis sistem penternakan ayam. Ianya dipilih oleh penternak berdasarkan tujuan dan kawasan ternakan itu sendiri. Jadi artikel kali ini saya kongsikan jenis-jenis sistem penternakan ayam.

1) SISTEM INTENSIF
• Diletakkan di dalam reban sepanjang masa
• Lantai tinggi/bawah bahan binaan daripada kayu/simen/tanah
• keluasan lantai 1 kaki persegi/ekor

2) SISTEM SEPARA INTENSIF
• Berada di dalam reban dan juga di dalam kandang
• Sebahagian besar makanan & minuman disediakan, sisanya didapati dari kawasan berpagar
• Ayam dilepas bebas di dalam kawasan berpagar(kandang)
• Jenis reban terbuka

3) SISTEM TRADISIONAL
• Reban berasingan untuk anak, ibu, dan dewasa
• Mempunyai ruang bertelur dan mengeram
• Kawasan berpagar bagi kemudahan pengurusan pemberian makanan dan ubatan/vaksin
• Ada konsep reban perindukan supaya ibu yang menetas anak tidak perlu mendidik anak terlalu lama (ibu akan bertelur semula dalam masa sebulan)

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in SISTEM PENTERNAKAN and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply