UDANG GALAH

Udang galah atau nama saintifiknya Macrobrachium rosenbergii berasal dari keluarga Palaemonidae. Ia cenderung aktif pada waktu malam.

Udang galah hidup di air tawar dan air payau seperti paya, sungai, saliran, tasik dan perairan lain yang biasanya mempunyai hubungan air dengan laut.

Ia boleh diternak secara penternakan tunggal (monokultur) atau penternakan bersepadu (polikultur) dengan ikan.

Pengurusan ternakan udang galah mudah dan jarang diserang penyakit serta jangka masa ternakan yang agak singkat.

Udang galah sesuai diternak kerana mempunyai permintaan yang baik disamping harga pasarannya yang agak tinggi.

Banyak kolam terbiar telah diaktifkan semula dan banyak sawah yang ditinggalkan mula digali untuk dijadikan kolam udang galah.

ternakan udang galah

udang galah

 

Ia merupakan salah satu komoditi air tawar yang cukup bagus masa depannya kerana selain harga jualan yang lebih tinggi berbanding ikan air tawar yang lain, ia mendapat permintaan yang tinggi sama ada dalam atau luar negara. Hal ini dapat dibuktikan dengan permintaan eksport ke pelbagai negara seperti Jepun dan beberapa negara di Eropah.

Dengan kata lain, udang galah mempunyai nilai ekonomi yang tinggi dan berpotensi untuk memperoleh keuntungan jika dikembangkan.

Udang Galah memiliki bentuk tubuh yang memanjang dan melengkung ke atas serta memiliki kepala berbentuk kerucut dengan restrum melebar pada bahagian hujung.

Udang Galah adalah sejenis udang air tawar yang semakin diminati oleh masyarakat samaada didalam atau diluar negara. Dengan merujuk peluang dan potensi yang ada, kini semakin ramai yang mencuba untuk menternak udang galah. Jadi, artikel kali ini saya akan membahas tentang cara penternakan udang galah.

Jadi, jika anda bercita-cita untuk mempunyai bisnes ternakan udang galah, anda boleh rujuk artikel ini sebagai rujukan.

  1. Penyediaan Kolam

Kebiasaannya di Malaysia,

Saiz: 0.25 ekar hingga 1.5 ekar

Kedalaman: 1 – 2 meter

Jikalau kolam terlalu cetek, ia akan menyebabkan rumput dan lumut tumbuh serta menyukarkan penjaringan. Manakala, kolam yang terlalu dalam akan menyukarkan pengurusan.

  1. Pengeringan

Jangka masa pengeringan kolam yang ideal ialah dua minggu. Jangkamasa ini sesuai untuk menghapuskan kebanyakkan pemangsa udang dalam kolam kelak.

Namun, ada ketikanya kolam perlu dikeringkan untuk jangka masa yang lebih panjang contohnya ketika musim hujan atau apabila kolam telah terlalu lama digunakan.

Keperluan cahaya matahari juga membantu didalam proses mempercepatkan aktiviti pereputan bahan organik seperti makanan lebihan, najis, daun dan sebagainya yang mana akan menambahkan lagi  kesuburan kolam.

Disamping itu, ia perlu untuk membunuh pemangsa (ikan, belut, serangga) dan patogen (bakteria, kulat, parasit).

  1. Meracun

 Kolam yang tidak boleh dikeringkan perlu diracun untuk membunuh ikan liar (pemangsa). Racun yang disarankan ialah racun organik seperti akar tuba, hampas biji teh (tea seed cake) daun tembakau.

  1. Mengapur

Kolam perlu dikapur bertujuan untuk menstabilkan pH, membunuh ikan liar, menggalakkan proses salin kulit udang, meninggikan kadar pereputan bahan organik seterusnya meyuburkan kolam.

Antara jenis-jenis kapur yang terdapat di pasaran adalah:

  1. Kapur abu panas (quicklime- CaO)
  2. Kapur batu putih (lime stone- Ca(CO3))
  3. Kapur abu sejuk (slake/hydrated lime)

Kapur abu panas dan kapur abu sejuk bertindak balas cepat. Berbeza dengan kapur batu putih, ia berkesan secara perlahan-lahan tetapi jangkamasa keberkesanannya panjang.

  1. Membaja

Kolam perlu dibaja bagi menggalakkan pertumbuhan makanan semulajadi yang berbentuk cacing, siput, lumut dan tumbuhan air.

2 jenis baja yang biasa digunakan ialah:

  1. Baja organik eg. Najis haiwan (ayam, itik, lembu, kambing)
  2. Baja kimia eg. Triple super phosphate (TSP)

 

  1. Pengairan

Sebaiknya udang dilepas seminggu selepas air masuk ke dalam kolam.

Air memasuki kolam melalui penapis halus bagi menghindari kemasukan haiwan pemangsa.

Kadar tukaran air terbaik untuk kolam ternakan udang galah adalah sekali untuk seminggu hingga dua minggu.

Kadar ini mampu menampung kepadatan ternakan sebanyak 10/m tanpa memerlukan alat pengudaraan.

Kadar aliran air yang perlahan akan menyebabkan air kolam kurang bermutu dan memerlukan alat pengudaraan.

Manakala jika kadar aliran air sangat cepat, berkemungkinan ia membawa baja keluar kolam tanpa dapat dimanfaatkan sebagai pertumbuhan makanan semulajadi udang.

Kolam udang galah yang tidak melakukan penukaran air memerlukan alat pengudaraan bagi membantu untuk menambah kandungan oksigen terutamanya waktu malam.

Antara contoh alat pegudaraan ialah:

  1. Kincir air (paddle wheel)
  2. Penyembur angin (air blower)
  3. Pemampat angin (air compressor)

7. Pemakanan

Pemberian makanan adalah 2 atau 3 kali sehari.

Bulan Pertama – Makanan awalan (starter)

Bulan Kedua – Makanan awalan, Makanan tumbesaran (grower)
Bulan Ketiga – Makanan tumbesaran
Bulan Keempat – Makanan tumbesaran

Bulan Kelima – Makanan penamat (finisher)

Bulan Keenam – Makanan penamat

Makanan boleh dihasilkan sendiri bagi mengurangkan kos. Biasanya, bahan-bahan asas yang biasa digunakan untuk membuat makanan adalah seperti tepung ikan, kulit udang, kacang soya, kacang tanah, tepung gandum, beras, ubi kayu, minyak ikan, minyak kelapa dan minyak kelapa sawit.

Manakala makanan sampingan seperti kopra kelapa, jagung, daging ayam atau itik, perut ayam dan hampas kacang soya juga boleh diberikan.

Walau bagaimanapun, anda perlu sentiasa pastikan mutu air kolam hendaklah sentiasa berada dalam kawalan.

  1. Penyakit

Penyakit dan kawalan perlu sentiasa dilakukan pemantauan. Penyakit yang banyak menyerang udang galah adalah penyakit bintik hitam (black spot) iaitu penyakit yang disebabkan oleh bakteria yang sering menyerang peringkat larva tahap 4 dan 5.

Penyakit tersebut boleh dicegah melalui pengurusan air. Selain itu, elakkan dari kecederaan fizikal udang, stok melebihi kadar muatan atau kekurangan makanan.

Jikalau anda ingin membaca artikel lain yang berkaitan udang galah, klik Penternakan Udang Galah

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Udang Galah and tagged , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply