CARA MUDAH HASILKAN KERISIK

Kerisik kelapa merupakan masakan tradisional yang berasal dari kelapa parut. Kerisik kelapa atau hanya dipanggil sebagai kerisik merupakan antara rencah makanan yang popular dan lazim di kalangan masyarakat Melayu. Banyak masakan orang Melayu yang menggunakan kerisik sebagai rencahnya. Contohnya ialah masakan rendang, serunding, kerabu dan pajeri nenas.

Sebenarnya, proses membuat kerisik mudah sahaja. Cuma proses menggoreng kelapa parut yang memakan masa. Kebiasaannya, sebiji kelapa mengambil masa selama 40 minit untuk digoreng. Mungkin inilah penyebab kebanyakan orang lebih gemar untuk membeli kerisik yang siap dimasak berbanding dari menghasilkan kerisik itu sendiri.

Namun,kerisik yang dijual di kedai mempunyai bau yang kurang enak kerana berkemungkinan sudah lama pembuatannya. Kerisik yang baru dihasilkan akan membangkitkan bau yang sedap selain menghasilkan masakan yang tahan lebih lama.

Justeru, kali ini saya akan berkongsi cara-cara untuk menghasilkan kerisik dirumah. Caranya mudah sahaja. Ikuti langkah-langkah yang saya kongsikan ini.

Bahan:

  • Kelapa parut segar (bergantung kepada anda berkenaan jumlah)

Kaedah:

  1. Panaskan kuali terlebih dahulu tanpa menggunakan minyak. Kerisik digoreng tanpa menggunakan minyak atau dipanggil sebagai sangai.
  2. Masukkan kelapa parut dan goreng hingga menjadi warna coklat tanpa ada warna kelapa parut yang berwarna putih.

  1. Sepanjang proses menggoreng, anda dinasihatkan untuk mengacau kelapa parut tersebut. Hal ini kerana, ia boleh menjadi hangus jika ditinggalkan beberapa ketika tanpa dikacau.
  2. Selesai digoreng, kerisik tersebut hendaklah disejukkan. Kemudian, kerisik tersebut hendaklah ditumbuk. Anda boleh menggunakan alternatif lain seperti menggunakan mesin pengisar.

  1. Kerisik sesuai di tumbuk waktu panas-panas bagi memudahkan ia di hancurkan. Kalau anda mahu menggunakan mesin pengisar, tambahkan sedikit minyak bagi kelancaran mesin untuk mengisar kerisik tersebut.
  2. Semasa proses menumbuk, jika kelapa cukup tua dan digoreng cukup garing, ia akan mengeluarkan minyak.

  1. Jangan biarkan kerisik yang telah digoreng sejuk baru ditumbuk kerana ianya sukar untuk mengeluarkan minyak dan liat.
  2. Kerisik boleh disimpan pada suhu bilik namun lebih baik disimpan di dalam peti sejuk. Ianya boleh bertahan sehingga sebulan.Selamat menghasilkan kerisik!
Kongsikan!
This entry was posted in Kerisik and tagged , , , , , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply