CENDAWAN BUSUT

Cendawan busut atau nama saintifiknya Termitomyces sp. merupakan cendawan yang boleh dimakan. Biasanya, ia tumbuh meliar di ladang kelapa sawit, kebun getah, dalam hutan dan kawasan belukar yang bebas racun. Antara lokasi terkenal yang menjadi rumah kepada tumbuhan jenis kulat ini ialah di sekitar Perak dan Negeri Sembilan.

Cendawan Busut di ladang kelapa sawit

Cendawan Busut di ladang kelapa sawit

Bentuk cendawan ini adalah berbentuk ‘Pilleus’ iaitu mempunyai batang dan tudung. Cendawan busut yang baru tumbuh akan mempunyai tudung yang masih bertutup seperti kudup bunga dan hanya terbuka penuh setelah beberapa jam kemudian. Warna cendawan ini berbeza mengikut lokasi dari warna putih, putih krim mahupun kelabu.

cendawan busut

Cendawan Busut

 

Musim bagi cendawan ini ialah pada setiap awal tahun bermula Januari hingga awal Mac dan hujung tahun di antara bulan November hingga Disember. Ia juga boleh tumbuh diluar musim namun hasilnya tidak sebanyak awal dan hujung tahun. Waktu mencari dan mengutip tanaman ini perlu dilakukan di awal pagi sebaiknya di waktu subuh. Ia biasanya tumbuh selepas hujan dan dalam cuaca yang agak lembap.

Satu lagi petanda yang boleh dijadikan petunjuk ialah hujan yang mengundang kehadiran kelkatu. Jika banyak kelkatu, mungkin dalam masa tiga hingga ke empat hari lagi, cendawan akan tumbuh.

Menariknya, cendawan ini hanya tumbuh jika terdapat koloni anai-anai dikawasan persekitaran tersebut. Ia juga menjadi makanan utama kepada koloni anai-anai tersebut. Ia biasanya tumbuh secara berkoloni atau secara berkelompok di suatu lokasi sahaja.

cendawan busut

Jika cendawan ini tumbuh di tanah yang lembut mahupun tanah berpasir, ia boleh dicabut hingga ke akarnya. Namun, jika ia tumbuh di tanah keras, batang cendawan yang panjang biasanya mudah patah semasa dicabut.

Petua untuk mengetahui sama ada cendawan itu boleh dimakan atau tidak, lihat jika terdapat tanda hidupan lain seperti serangga mahupun semut yang matang setelah makan cendawan tersebut. Selain itu, hanya cendawan busut yang mempunyai akar panjang sahaja yang boleh dimakan. Jangan sesekali menggunakan untuk membersihkan cendawan melainkan jika sudah mahu dimasak cukup sekadar bersihkan tanah dan pasir yang melekat di cendawan. Membasuh dengan air akan menjadikannya cepat rosak dan buruk.

cendawan busut

Jangka hayat cendawan ini ialah selama empat hari. Memandangkan ia tidak tahan lama, proses pembersihan dan pengasingan perlu dilakukan sejurus ia dicabut supaya dapat dijual pada hari yang sama. Selepas proses pembersihan dijalankan, cendawan akan dikupul mengikut gred berdasarkan hari ia dikutip. Kebanyakan cendawan ini tumbuh pada hari yang sama, tetapi ada juga cendawan yang lewat tumbuh sehari dua. Cendawan yang dicabut pada hari kedua adalah cendawan yang terbaik keran tekstrunya yang masih sedikit keras dan kenyal. Harganya juga lebih tinggi dan dijual mengikut kilogram. Untuk gred yang bagus, ia dijual pada harga RM20 sekilogram. Manakala bagi cendawan yang sudah memasuki hari ketiga atau keempat, biasanya ia dijual secara longgok dengan harga sekitar RM5 hingga RM8 selonggok.

Dikatakan, ia mempunyai kandungan anti-oksidan yang tinggi dan baik untuk kesihatan. Rasanya manis dan berbau harum. Ia sesuai untuk dimasak dengan apa jua masakan sama ada goreng tepung, sup, tomyam, masak lemak mahupun dijadikan campuran dalam hidangan makanan seperti tomyam mahupun mi hailam.

cendawan busut masak lemak cili api

Cendawan Busut masak lemak cili api

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Cendawan and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply