LIDAH BUAYA


Lidah Buaya (Aloe vera) merupakan sejenis tumbuhan jenis herba yang semakin popular dikalangan usahawan untuk menanamnya. Tumbuhan ini adalah jenis herba lembut daripada keluarga Xanthoreaceae yang mudah ditanam dan dijaga. Sebahagian petani ada yang menanam lidah buaya secara komersial untuk dijadikan produk kesihatan mahupun kecantikan. Lidah buaya adalah tumbuhan yang telah lama digunapakai oleh masyarakat tempatan. Antaranya adalah untuk beberapa tujuan termasuk untuk menyuburkan rambut, pemulih luka serta untuk perawatan kulit. Tumbuhan yang mendapatkan nama Latin Aloe vera ini boleh tumbuh dengan baik pada kawasan kering seperti negara Afrika apa lagi kalau ditanam dinegara kita yang tanahnya subur dan banyak air.

Tanaman ini memang mudah ditanam di Malaysia, Indonesia dan negara-negara Asean yang lain sebagai tanaman herba yang boleh dikomersilkan. Kalau dulu ia cuma dianggap tanaman hiasan sahaja kini lidah buaya telah diproses dan diangkat untuk menjadi produk bernilai tinggi seperti produk untuk perawatan kulit, menjadi bahan asas farmasi dan bahan asas kosmetik dalam industri rawatan kecantikan. Pada masa sama pengusaha menggunakan lidah buaya sebagai bahan makanan ataupun minuman kesihatan.

Lidah buaya merupakan tanaman yang sangat popular dan mudah tumbuh, asalkan anda memahami keperluan tanaman tersebut terhadap air dan cahaya matahari. Tidak seperti tanaman sukulen (tanaman dengan batang atau daunnya yang tebal untuk menyimpan air) yang lain, lidah buaya tidak boleh ditanam dari potongan daunnya. Sebagai gantinya, anda dapat membiakkannya dari tanaman muda yang muncul di pangkal tanaman dewasa atau dari sistem perakarannya yang menyambung. Tanaman muda ini harus dilakukan dengan hati-hati.

Lidah buaya mempunyai akar yang relatif pendek dengan daun yang berat sehingga biasanya tanaman ini dipindah ke pot yang lebih besar ketika bahagian atas tanaman sudah terlalu berat dan posisinya saling berkumpul. Apabila lidah buaya sudah tidak memiliki ruang untuk menumbuhkan akar, tanaman ini akan mulai mengeluarkan tunas batang (atau “pups”) yang dapat dipindahkan ke dalam pot tersendiri. Apabila anda lebih suka membesarkan tanaman dewasa daripada menanam tanaman baru, pindahkan tanaman anda ke pot yang berukuran lebih besar sebelum akarnya mulai memenuhi bahagian dinding pot.

Lidah buaya menyukai kawasan yang ada cahaya matahari selama 8 hingga 10 jam dalam sehari. Walaupun lidah buaya akan tumbuh dengan baik dalam suhu yang panas atau hangat, tanaman ini dapat bertahan di cuaca yang sejuk dalam keadaan dorman. Akan tetapi, cuaca di negara kita amat sesuai dalam penanaman lidah buaya.

Lidah buaya hidup dalam keadaan yang kering, dan boleh membusuk apabila ditanam di tanah yang bertakung air. Gunakan media yang sesuai sebagai contoh mencampur pasir, tanah, dan kerikil dengan kadar ratio yang sama. Apabila anda menanamnya di dalam pot, pastikan pot tersebut mempunyai lubang di bahagian bawahnya agar air dapat keluar dari dalam pot. Letakkan akar lidah buaya tepat di bawah permukaan tanah. Apabila ada bahagian daun yang berwarna hijau dan tebal tertimbun atau tersentuh pada bahagian tanah, daun tersebut boleh membusuk.

Taburkan satu lapis batuan kecil di sekeliling pangkal tanaman lidah buaya agar tanahnya tidak bergerak dan untuk mengurangi penguapan. Ini tidak perlu dilakukan apabila tanaman anda sudah tumbuh subur. Jadi, anda boleh membiarkan tanahnya tetap terbuka jika anda menyukai keadaannya seperti itu. Sebelum anda menyiram, berikan waktu selama beberapa hari agar lidah buaya memperbaiki sistem pengakarannya yang mungkin rosak ketika anda menanamnya. Akar yang rosak akan menyebabkan tanaman membusuk apabila anda menyiramnya. Lidah buaya menyimpan banyak air di dalam daun sehingga tidak ada masalah apabila tanaman tersebut tidak diberi air selama beberapa hari. Jika anda ingin bertindak lebih baik, siram tanaman tersebut dengan sedikit air sebanyak satu atau dua kali saja.

Ketika cuaca sedang panas dan matahari bersinar terik, lidah buaya akan tumbuh dengan cepat jika disiram secara teratur. Akan tetapi, masyarakat lebih cenderung menyiramnya secara berlebihan daripada membiarkan tanahnya kering. Jadi, jangan menyiram tanaman jika tanahnya belum kering. Lidah buaya tidak memerlukan baja, dan penggunaannya secara berlebihan bisa merosakkan tanaman atau mengakibatkan tanaman tidak tumbuh dengan sihat. Apabila anda ingin mempercepat pertumbuhan pokok, pilihlah baja dengan kandungan nitrogen rendah, fosforus tinggi, dan kalium yang rendah. Berikan baja setahun sekali, di awal masa pertumbuhan.

ysuhaimi
Latest posts by ysuhaimi (see all)

About ysuhaimi

Penulis jemputan MYAGRI. Dikenali sebagai Dr Mut. Veteran Agronomist, Researcher dan Farmers yang sering menulis berkaitan tentang pertanian tepat guna.
This entry was posted in Lidah Buaya and tagged , , . Bookmark the permalink.

Leave a Reply